Friday 25 November 2016

Coleslaw ala KFC - Resepi Cik Epal

Assalamualaikum...

minggu lepas aku ada baca blog cik epal, dia tunjuk plak cara-cara nak buat coleslaw ala ala kfc. aku apa lagi, meroyan ah kat opis. *okay ni tipu*. aku dah la suka makan coleslaw ni, kadang berebut laki bini. bukan nak ngalah laki tuh, huhhhhh. 

so bila dah dapat resepi ni petang tu jugak aku ajak laki aku gi cari barang nak buat. semangat uollsss. benda yang kita suka kan, mesti ah kena tunjuk semangat kesukanan tu. *ehhh tetibe. ingat ni maraton lumba lari?*

ni bahan utama ah. gigih aku potong kobis tu halus halus. lobak tu pon jenuh nak potong bagi bentuk kiub walaupun ada jugak terselit bentuk pentagon, hexagon. wahhhh hebat sangat. engko hadooo? 


step by step aku tak snap ah sebab x terniat pon nak update dalam blog tapi memandangkan blog aku sunyi tanpa cerita so aku update lah pasal ni. hewhew. buat ni pon masa tengok gegar vaganza. nasib tak terpotong jari uolsss bila mata kejap tengok tivi kejap tengok kobis.

dalam resepi cik epal dia ada guna lemon, tapi aku tukar guna limau nipis. lemon takde kat kedai runcit, terpaksa beli limau nipis. takkan nak masuk ekonsave semata mata nak beli lemon sebijik. memang tak lah laki aku tu nak gi. tapi aku hangennn je bila perah langsung tak kuar air. limau nipis menipu nama dia. sakit pulak hati ni. dapat la secoet, jadi lah nak oi dari takde langsung.

taddaaaa. dah siap ponnn, hewhewww. tak sabar gila nak makan. tapi tak best lau terus makan. so aku masukkan dalam peti sejuk semalaman sebab baru best makan sejuk sejuk. bagi kobis, lobak ngan bahan bahan lain sebati dan mesra bersama dulu. 

yeayyyy dah boleh makan. syokkkk tekak dapat makan ni banyak -banyak. lau makan kat kfc tak cukup. yang ni siap tambah tambah lagi uollsss. kfc boleh cenggitu? gi kaunter nak mintak refill. hikhik. pasni nak buat lagi, buat banyak banyak. takde ah nak berebut lagi. 

pape pon aku nak ucap thanks ah kat cik epal sebab share resepi yang sedap sedap kat blog dia. rambang mata nengok, menjejeh air liur depan skrin. hahahha. kalau korang nak resepi ni boleh la klik kat SINI. hokay byeeeee

Friday 18 November 2016

handphone zaman kegemilangan aku dulu

Assalamualaikum...

salam jumaat semua, harapnya semua sihat sejahtera, mana mana yang demam ke tak sihat selsema ke cepat cepat lah pergi klinik. cuaca sekarang memang tak menentu, sekejap hujan sekejap panas. so jaga lah diri masing masing.

bila terpost gambar handphone kat entry semalam, tetibe teringat handphone yang pernah aku guna masa dulu. ni bukan nak show off ke nak bajet kaya ke apa, just nak share. kalau kaya dah pakai iphone. kihkihkihhhh

sebelum adanya wechat whatsapp ni, kita semua pulun meseg jelah. kena topup selalu je. bila kredit dah tinggal 20sen tengah tengah malam buta, mana nak cekau topup. mula lah masuk bilik mak senyap senyap curi kredit singgit. kehkeh. tapi sesenyap mana pon aku ambik, mak aku tetap perasan. dia selalu cek kredit dia, ingat pulak tu. memang dah takde orang lain dia nak tuduh sebab kitorang berdua je dalam rumah. hahhaha.  masa sekolah dulu rela tak makan sebab nak simpan duit beli topup nak meseg boipren. si boipren plak bila tinggal seringgit je terus diam, dia cakap nak jimat kredit. caitttt, aku rela berhabis sampai tinggal 0 sen tau. memang patot aku tinggalkan dia, dah la takleh berkorban untuk awek, curang pulak tu. ehhhhh, emosi tetibe.

tapi bila tengok balik gambar gambar handphone yang aku penah guna, teringin pulak nak guna balik. handphone 3310 yang paling win. kebanyakan handphone yang aku guna dulu lebih pada nokia lah. masa tu jenama tu je yang aku tau. dulu aku ingatkan jenama nokia ni sama macam nama topup celcom tu. kahkah, giler jakun. nasib tak gi kedai mintak topup nokia 5 hinggit. tapi sekarang ni memang payah giler ah nak dapat handphone lama. aku ada perasan kat ig ada jual tapi tak terbeli pon. kalau beli pastu simpan buat pekasam tak guna jugak kan. aku bukan jenis yang suka mengumpul koleksi sangat.

ni handphone yang aku guna dulu. yang kaler hitam tu ayah aku guna. masa tu ayah aku tanya nak handphone macam mana, aku cakap nak macam ayah. so ayah aku beli yang kaler pink purple tu. tapi tak lama ah aku guna sebab rosak masuk air. air apa tu rahsiaaaa. terus jemmm handphone aku tau. haishhh. tapi memang aku sayang ah handphone ni. 

yang ni paling menyampah aku rasa. asyik mati je. masa tu mana nak tau pasal bateri kong ke apa. budak budak hingusan lagi, mana nak reti pasal faktor dalaman nih. so kejap jela aku merasa pakai handphone ni.

yang ni aku suka pakai, nokia 5300 xpress music. sebab ada mp3 kan, boleh dengar lagu. pastu boleh hantar gambar kat boipren. hihihihi. rasa bangga dah bila pakai handphone slide camni. selfie hari hari sampai penuh memori.

dalam banyak banyak handphone, yang ni paling mahal n paling aku sayang. aku pakai ni masa aku form 5. tu pon ayah angkat aku beli. baru keluar plak, memang mahal lah. dia ada dua slide, kalau tolak atas untuk keypad, lau tolak bawah untuk dengar lagu macam gambar atas nih. bila dapat yang ni, aku jual handphone merah kat atas tu kat kakak aku sebab dia nak.memang takleh orang sentuh yang ni. pernah sekali tu aku mengamuk kat rumah sebab abang aku ambik nak bawak gi kelantan. agak ah nak bawak gi jauh jauh. pastu lama pulak tu. aku mengamuk, habis aku selerak baju cadar bantal dalam bilik. nangis sampai sembap bijik mata. kalau tengok pada rupa masa tu memang tak nampak rupa orang dah. aku memang pantang ah kalau orang ambik barang aku suka hati. bukan semua lah tapi kalau handphone memang aku pantang. so dengan pantasnya mak aku ambik tindakan suruh abang aku bagi balik.

aku pakai sampai lah aku masuk kolej pastu rosak. speaker tak dengar dah, kalau orang call aku kena pakai earfon. nak repair tak berduit. huhai. pastu terpaksa pakai handphone murah balik. maka habislah zaman kegemilangan aku pakai handphone mahal. 

aku pakai handphone ni kejap jugak, dalam setaon lebih. ni pon beli masa study dulu ah. kongsi duit ngan my bff, beli handphone sama. pastu mula lah kadang kadang bangun tido tertuka fon. dah beli sama jenis, tido pulak sekali. handphone ni still lagi ada kat rumah, still lagi elok. yang aku suka pasal handphone ni speaker dia ah. memang kuat. tapi kalau nak citer pasal camera memang kelaut ah. tapi nak buat macam mana, kena hadap jugak lah. janji dapat guna buat call mak, call boipren. ehhhh nak jugak. kihkih


ni yang aku pakai sekarang, samsung grand prime gold. merasa ah nak pakai samsung sejak dari dulu lagi. baru keluar terus beli, yang ni memang aku beli sendiri pakai duit gaji. tapi ada jugak ah selit selit duit bff aku sebab tak cukup, hahaha. nama je gold tapi bila dapat kat tangan takdelah gold sangat. sekarang ni aku target nak pakai handphone jenama ZTE lak. suka giler aku tengok, dengan nipisnya, dengan smartnya. aduhh kena kumpul duit cepat cepat nih.

bila agaknya dapat pakai awak ekkk.. 






Thursday 17 November 2016

Perbezaan budak zaman dulu dengan sekarang

Assalamualaikum...

dah dua tiga ari diamkan diri dari dunia blog. takdak idea wehhh nak taip apa.. hahaiii. tadi masa tengah syok makan, tetiba idea datang jengah disebalik lauk. adakah aku akan mendapat idea sekiranya aku makan? *abes sebelum ni tak makan ka? telan batu buat macam popcorn? ceettttt*

hehehhe. sambil tersenyum nih taip. nak habaqnya tengah hepi bila perot dah kenyang, tambah plak orang belanja. lagi lah meleret senyum. ditambah lagi dengan alunan lagu Gerua dari filem Dilwale. berdentang dentum bunyi speaker kat bawah opis aku nih. ehh jemput ah datang nanti hari sabtu kat Batang Kali, ada sambutan Deepavali kan. tu depa ngah praktis la tu. syiokkkk nengok, tu pon intai disebalik tingkap ja. nak turun kang over plak. kuikui

okay sebelum aku melalut ke laut, aku nak kongsi sikit la pemerhatian aku ni. ecehhh macam buat eksperimen pulak. *malu titeww*. korang yang lahir zaman 90an dulu mesti rasa beruntung giler berbanding budak milenium sekarang ni. tu pon kalau korang rasa beruntung la. tapi bagi aku, zaman kecik-kecik dulu penuh kenangan yang manis, yang syiokkk. yang best giler. panjat pokok, panjat bukit, main masak-masak, main galah panjang, tangkap ikan dalam parit, budak la ni tau ka apa semua tu? uishhh syokkknya. kalau nak main galah panjang, mesti semua berkumpul kat rumah aku. sebab rumah aku je yang ada kawasan luas. puas hati ah lah nak main apa pon. tapi sekarang ni sempit dah sebab ayah aku sambung umah  masa kakak aku nak kawin dulu.


galah panjang @ toi. aku panggil toi. tak tau ah mana datang nama toi tu. heran jugak aku

syiokk main ni masa rehat. sebelum masuk kelas, sempat lagi main seround dua. yang paling tak best bila jadi tukang rebut kat tengah tu. 

masa aku balik kampung ari tu, terkejut giler bila tau anak buah aku yang form 1 dah pandai bawak keta. hadoiii mak buah dia yang umo 25 ni pon pandai pegang stereng je, maluuu. aku dulu masa sebaya dia duk kat asrama nun, nangis-nangis nak balik rumah. masa dapat tawaran masuk sekolah asrama kemahennn melompat nak gi. ehhh takpe, bolehnye. tak nangis lah. kan ramai kawan. tapi hampehhhh. tiap kali gi asrama, tiap kali tu lah air mata berjurai. nangis sorang sorang kat bucu katil.

pastu budak sekarang ni bila nak ronda-ronda pusing taman or kampung, mesti lawa macam nak gi pertunjukan fesyen. kemahenn bergincu berlilit shawl bagai. padahal pusing naik moto je, takde singgah mana-mana pon. aku dulu pakai tudung kedut kedut kelepet kat bahagian atas, jenuh tiup sampai terjuih bibir. pakai baju tshirt, seluar trek @ tracksuit. takde aih nak bergosok bagai. ronda pon naik basikal je ngan kawan kawan. selekeh yang amat. takda aih nak bergincu. mau kena ganyang mulut ngan mak aku, kahkah. aku kalau berlawa pon nak gi kenduri kawen. sebab ramai orang kan, takkan nak selekeh. malu mak aku nanti.

legend betoi basikal cenggini. aku tak pernah ada, teringin jugak ah nak naik basikal pompuan ni. 

bila tengok gambar masa aku darjah 6 dulu masyaallah, malu nak tengok kali kedua. hahahah. betapa selekehnya geng-geng aku dulu. rasanya kalau aku tunjuk balik kat kawan kawan aku mesti depa tak percaya. yelah, masing masing dah cantik sekarang ni, aku je selekeh tak hilang lagi. haishhhh

aku dulu boleh pegang handphone sendiri masa form 3 rasanya. sebelum tu main handphone mak ayah je. zaman dulu mana ada samsung galaxy bagai, dapat pakai nokia 3310 tu pon dah rasa bangga giler. hheheee.

handphone pertama aku. bangga giler dapat phone sendiri. 

game yang paling syok

budak sekarang kecik-kecik lagi dah dapat iphone, jelessss. 

masa hari raya, budak budak zaman dulu pepagi orang tengah semayang raya dah ada yang datang rumah. hadoi, masa tu aku mandi pon belum. tengah selekeh lagi sapu rumah, susun biskut raya atas meja. tapi part yang budak budak datang rumah tu memang aku malas betol nak layan. dah memang kompem aku yang kena buat air, nak kena hidang. tahap malas aku memang kronik ah, ditambah lagi kalau jenis yang memang datang nak mintak duit je. sekarang ni takda dah budak budak nak datang rumah, jalan ramai ramai keliling kampung. siap bawak beg kecik lagi sangkut kat leher nak isi duit raya, kihkih. masa raya ari tu pon budak budak takde datang rumah. tak tau lah sebab dorang rasa memang takkan dapat duit raya ke hape lau datang umah aku nih. dasar kedekut semua, hhaahahha. 

banyak sebenarnya perbezaan zaman dulu ngan sekarang ni. tapi normal lah, kita semua mengikut peredaran masa kan. tapi yang pastinya zaman dulu memang mengimbau kenangan ah kalau diingat balik. bila jumpa kawan kawan lama mesti akan tanya, ehh engko ingat tak dulu masa kecik kecik kita main kawin kawin, aku jadi bini engko. ehhh engko kan yang jatuh dalam parit masa kecik kecik dulu. aduhhh syokkk weh. tapi bila jumpa bekas suami kita masa main mak mak dulu, tak terkeluar kot soalan tadi tu. malu kot, hahhaha. aku yang selalu main ngan jiran belakang umah, lumba basikal sekali, makan nasi sama sama, main tepuk tampar  pegang tangan bila jumpa pon tersipu sipu malu. caitttt. malu sangat lah tu kononnye, hahaha. memang langsung tak bercakap. masing masing dah besar, dah ada life sendiri. dulu pernah terfikir acaner kalau aku kawin ngan dia? argghhh tidakkk. belakang umah je. baru tepuk kompang tiga empat kali dah sampai. hahahah

k lah nak kemas kemas dulu, dah nak balik rumah. yeayhhh ! nak gi intai orang praktis jap. babaiiii


Tuesday 8 November 2016

7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah

Assalamualaikum...

yeayyyyy novel 7 Hari Mencintaiku dah jadi drama. shukeee shangattt. *tetibe jadi pelat. tampo mulut lelaju*. aku minat giler ngan novelis Siti Rosmizah ni. novel dia semua best best. tak rugi aih beli. menjiwai sampai bengkak mata nangis. menjiwai sangat tuh, macam aku pulak yang jadi heroin dalam novel novel dia. hahahaha. keoveran itu memang selalu ada, bertabahlah.

setakat ni novel Siti Rosmizah yang aku ada tiga je sebab novel dia tebal sangat uolsss. nasib baik best tau, berbaloi sangat beli.






aku start beli novel ni masa aku dapat baucer buku. student kan dapat baucer 250, bukan student dapat duit brim. dah aku tak tau nak beli apa, aku borong novel ah. huhuuh. kolej aku lebih pada kemahiran, so tak rujuk buku sangat. pape hal google je. dulu aku tak minat nak beli sebab mahal kan. so pinjam jela. ada sorang kawan aku ni banyak gila beli novel. novel yang tak bukak pon berlambak lagi, dah beli novel baru. masa study kan nak pakai banyak duit, so aku tak minat ah nak beli. baca pon sekali je, tangkap leleh pon sekali je. macam baucer ni tak melibatkan duit kiter. nak tukar ngan duit pon tak boleh. huhuu

tapi bila dah kerja ni boleh la nak borong novel tapi kat tempat aku ni kedai buku yang jual novel tak banyak sangat. so tak best ah nak cuci mata. lagipun kalau aku gi cari novel, aku akan cari novel Siti Rosmizah ni dulu. memang aku suka sangat ah ngan dia ni. 

tak sabar betoi nak tengok episod dua ari ni. dah lama sebenarnya tak layan drama pukul 7 nih sebab tak best. tapi bila tau novel peberet aku jadi drama, terus tercongok depan tivi. yuuhuuu. 



Monday 7 November 2016

Birthday Giveaway by KasihkuAmani

Assalamualaikum...

dah lama sangat rasanya aku tak join mana mana contest. berbelog pon jarang jarang je sekarang ni mana nak menyempat nak singgah bercontest. lagipun sistur tak pernah menang u, sedih. hahahah. tapi hari ni sis rasa nak join satu costest ni, 
BirthdayGiveaway by KasihkuAmani


sapa yang menang contest ni, owner belog iaitu kak shahida akan bagi novel, agak seram jugak tajuk tajuk novel yang dia nak bagi tu, wuhuuu. aku pulak suka baca novel tapi tak pernah pulak beli novel seram. lagipun sekarang ni aku terlebih minat plak kat genre seram lepas tengok movie The Conjuring 2. terus jatuh cinta uolsss. hari hari tercongok depan tivi sebab nak layan movie seram.


Syarat Penyertaan:
1. Mestilah blogger di Malaysia.
2. Sila follow blog KasihkuAmani.
3. Buat satu entry dengan menggunakan tajuk Birthday Giveaway by KasihkuAmani.
4. Letakkan banner pada entry.
5. Banner hendaklah dibacklink ke sini.
6. Link penyertaan/url blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen ini sahaja.
7. Pemenang akan dicabut oleh Sha dan juga Suami.

hokay atas nih syarat penyertaan. baca betol betol, jangan langgar lari macam tu je. ni dengan tak baca syarat ngan terma terus bedal camto je. kang salah acaner? sebarang surat menyurat kompem tidak diterima dikkk oi. jom lah kiter bercontest beramai ramai. mana tau rezeki bulan 12 dapat hadiah dari pasangan besday bulan oktober & november ni. untung kan besday selang sebulan je ni, sambut sekali je, jimat uollsss. nak plak tarikh anniversary pon dekat dekat jugak. sekali harung ja, huhuh.

apa pon aku nak wish happy birthday to kak shahida and encik suami, semoga panjang umur dan murah rezeki, bahagia selalu bersama anak tersayang. selalu lah buat giveaway, mana tau ada rezeki nak join lagi, weeehuuu.

nak post satu entry ni pon patbelas jam amek masa. dari pagi tadi petang ni baru boleh update. k lah, nak sambung kerja balik. baiiiiiiii



Friday 4 November 2016

Mimpi...

Assalamualaikum...

pagi tadi aku sempat terlelap lepas brekfes. bab tido sempat aje selagi bos tak masuk, mueheheh. pekerja terbaik sangat. pastu dah tido kompem mimpi kan. ntah kenapa aku mimpi pasal klinik gigi pulak. ahhhh serammm mak nak !

dua tiga ari kelmarin ada lah aku rasa sakit gigi. tu pon sebab banyak sangat makan snickers. aku bukan peminat coklat sebenarnya sebab aku lebih ke arah aiskrim lagi. dalam peti ais tu biarlah kosong takde makanan asalkan ada aiskrim. tapi bila dah rasa nak, memang tak menyempat ah nak beli. jangan kata tidak lah kalau aku mintak, merana hidup nanti. 

shedappppp !

ehhh berbalik pada citer aku pagi tadi. bila dah bukak isu makanan terus kelaut. haishhh. aku mimpi aku kena cabut gigi, wuuu serammm lagi sekali. tengok jarum pon dah parkinson i uolss, belum kena cucuk lagi. yang takleh blah tu dokter tak cucuk lagi tapi gusi aku dah rasa kebas, hahahahaha. giler takot ah. air mata tak yah cakap ah, laju macam air paip. dah la nak korek korek gigi aku pakai besi tajam tu, eeee seram wei. bau besi tu pon dah buat aku rasa nak pengsan.

sakit gigi punya pasal sampai terbawak dalam mimpi. serik kejap nak makan snickers ni walaupun sedap giler babun. lepas ni kena behave dah, takleh makan selalu. tapi bila sebut bab makan ni, teringin pulak aku nak makan nasi lemak, maigaddd. lapar punya pasal. tengahari tak makan lagi kome oi. sobbssss. nangis bawah meja


maigaddddd ! telan air liur nambelas kali.. 

Salam Jumaat.

Assalamualaikum...



yeayyyyy jumaat dah. esok sabtu, lusa ahad, maigaddddddddd !! boleh rehat puas-puas sebelum isnin menjelma. kejang kejung otak aku bila hari bekerja. ecececehhh, macam lah kerja pikir pasal isu negara. tapiiii bila sebut pasal negara nih, panas pulak hati. aku gi mana mana kedai, pasaraya semua cakap ' minyak habis la kak', 'minyak takde !', lau cakap bertanda seru ni agak kasar sikit bunyi dia. tonyoh mulut pakai dawai periuk tu kang baru tau erti penyesalan. takleh cakap elok elok gamaknya. gherammm sisturrr.

nak makan keropok keping ni pon sis makan cenggitu jer, jimat minyakkk. -_-#

nak bagitau ni, semalam aku mimpi hantu. adoi, banyak nau hantunye. mentang mentang la malam jumaat. jiran aku pon masuk sekali, mak adik dia pon caras mimpi aku tau. dahsyattt. pastu yang takleh blah, si reshma af2016 pon jadi hantu. ko ghase? 

okay lah, tu je nak cakap. hahahha. tapi sis nak pesan, jangan lupa gi semayang jumaat karang yekkk. jangan duk membuta je kat umah tu, jangan sibuk hadap game je. aku terpikir jugak ah, yang tak reti nak gi smayang jumaat tu, dia tak malu ke duk dalam rumah sedangkan kiri kanan jiran semua gi masjid tapi dia boleh buat bodoh je dalam rumah? maigaddd. kalau dah memang muka tebal, memang takde perasaan ah. baca lah surah yasin ke, surah kahfi ke kat telinga tu, kalau takde kesedaran memang sampai ke tua lah gitu. malas nak bebel panjang, kelaut pulak nanti. salam jumaat, boiiiiiii..   ヽ(^。^)ノ


pagi pagi lagi sis dah berdagang. o (^‿^✿)o
Korang pulak brekfes ape?


p/s : tengah dengar radio era, dorang cakap minggu depan exam spm. so kepada adik adik yang akan menduduki peperiksaan minggu depan, semoga berjaya. jawab elok elok, jangan gopoh. tawakal kepada Allah.