Tuesday 24 January 2017

Seharian hujan tak berenti..

Hari ni hujan langsung tak berenti walaupun hujan tak lebat. Kalau kat kampung ni memang dah banjir ah. Syok ah tido bila hujan2 ni, terus jadi malas nak bangun gi keje pagi esok, haha.

Bila hujan camni, mulut asyik nak makan je. Padahal dah makan tadi. Asyik lapar je memanjang, camne la badan tak berisi cam labu air. Pfttt

Dapat makan ubi kayu cicah gula ngn air kopi panas2 pon sedap nih. Kehkehh. Nak cari makanan jap ah kat dapur. Lapauuuuuu

Bila dah ngantok, banyak pulak keje kena buat. (×_×;

Malam ni tido lambat lagi. Bukan takleh tido tapi banyak keje kena setel. Nak kena basuh baju keje, masak nasi untuk bekal esok, dah alang2 sibuk tu, kemas dapur sekali. Ni baru siap segala benda. Yang paling penat bila ingatkan nasi dah masak, tapi rupanya tak tekan rice cooker tu. Baru beria nak tutup suis, ehhh tak masak pon wei. Hangennn je. Nasib baik tergerak hati nak bukak periuk tu. Lau tak, bawak la nasi mentah tu besok.

Pastu tadi ada pulak hilang barang, aku tak tau lah tercicir kat mana masa keluar gi beli makanan tadi. Dalam keadaan hujan renyai, ngan gelapnya, memang tak jumpa lah. Aku harap ada lah orang yang baik hati jumpa barang aku tu. Stress sangat2 dah ni. (;′⌒`)

Mata pon takleh nak bukak dah. Badan rasa penat sangat hari ni, stress ngan macam2 hal. Nampak bantal ngan selimut je. Nak tidooooo dah. Byeee uollsss.. ∪ˍ∪

Monday 23 January 2017

Insomnia kembali ! Huargghhhhh

Dah pukul 1.48, tapi tak reti2 nak tido lagi. Ehh bukan tak reti tapi takleh tido. -_-b

Aku ni dah masuk 1547854267 kali menguap tapi tak jugak lelap wei, maigadddd. Esok keje lak tu. Rasa nak gi beli ubat tido jer kat farmasi. T_T

Tak tau nak buat macam mana dah. Golek kiri kanan pusing atas bawah, sama jugak. Esok nak bangun awal lagi. Bertabah lah hati .·´¯`(>▂<)´¯`·.

Wednesday 18 January 2017

Madah berhelah

Adakah lumrah kehidupan manusia apabila sebelum memiliki, akan memperjuangkan segalanya tetapi sesudah memiliki, akan dibiarkan tanpa terbela?
.
.
Begitu mudah untuk membiarkan sesuatu tanpa hati. Adakah hanya untuk kepuasan nafsu sendiri?
.
.
Kadang kala seeorang yang tiada kena mengena dalam hidup kita lebih mengambil berat terhadap kehidupan kita sedangkan insan terpenting di dalam hidup kita hanya memandang remeh dan langsung tidak peduli? Walhal itu adalah tugasnya. Mengapa insan lain yang terlalu beria?
.
.
Susah untuk dimengertikan. Sukar juga untuk difahami. Adalah lumrah bagi kita untuk sentiasa disayangi, dihormati oleh insan yang sentiasa ada dibelakang kita, insan yang menjadi tunjang dalam kehidupan kita. Namun, realitinya tidak semanis fantasi yang kita cipta. Dongengan yang kita harapkan, hanya akan kekal menjadi sebuah mimpi.
.
.
Mengharap sesuatu yang belum pasti, begitu menyakitkan. Terlalu menyakitkan apabila melibatkan hati dan perasaan. Hati yang menanggung sendiri. Kepedihan, kesakitan, kelukaan yang kekal bersemadi. Hanya parut yang tinggal, kekal abadi selamanya.

Tuesday 17 January 2017

Selamat malam sayang pom pom..

Bila dah install apps blogger nih, jadi ketagih plak nak berbelog di tengah malam. Padiaa wei. Jakun tak habes lagi padahal takde ape pon nak citer, hahahaha.. Sabau jela wei sape yang bace belog aku nih.

Lately nih aku selalu tido lambat, padahal letih yakmat. Nak kena mandi segarkan badan dulu baru boleh tido. Bila selalu mandi malam nih takut jugak, kang dapat lak penyakit macam-macam tapi kalau tak gi mandi, badan rase gatai-gatai, takleh nak tido. Ehhh sori sikit sape yang cakap aku tak mandi tadi. Aku dah mandi hokayy cuma dah jadi habit plak mandi tengah malam ni.

Orang putih cakap ape tu kalau takleh tido malam? Imsomnia ka menatang pa ntah.. Malas aku nak godek-godek google. Bila dah masuk 12 lebih memang aku takleh nak tido dah. Kadang tu aku berjaga sampai 3-4 pagi. Padahal esok nak keje. Memang rabak ah mata kat ofis. Tu yang menyebabkan aku selalu tersungkur atas sofa 1-2 jam, kahkah. Baru je buat azam baru takmo dah tido kat ofis tapi tak sampai setengah jam azam aku buat, dah tersadai atas sofa. Aku tido time bos tak masuk lagi la, hoho.

Pernah jugak tahan mata, memang taknak tido, alih-alih tersungkur kepala atas meja, bhahaha.. Tengah buat keje tu boleh terlelap. Ko ghase?? Hazabedah betoi.


Sebelom tido sis belanje gamba selfie pagi tadi, kehkehkeh. Nite uollsss. Sweet dreams. ღ˘‿˘ற꒱

Monday 16 January 2017

Yeayyyy lepas ni boleh update blog bila bila masa je. Yahuuuu

Yeayyy tajuk post dah sama panjang ngan ape yang aku nk cerita ni. Dah malam buta baru nak update blog. Bukan apa, teruja sebenarnye.. Aku nak kongsi pasal satu apps ni, yang memudahkan kiter si blogger nih untuk update blog dengan senang hati, dimana jua dan bila2 masa. Bila naik tren tetibe datang idea, tak payah kalut2 bukak laptop. Amek je fon. Tengah dok bergosip ngan mak esah sambil makan pelam pon boleh update blog. Tapi janganlah citer pasal gosip engko ngan mak esah tu pulak. Hahaaha

Walaupun aku tahu yang bahawasanya mesti dah ramai yang tahu pasal apps blogger ni, aku nak share jugak. Padahal takde ape pon nak share sebenarnye tapi tahap jakun tu melebih sangat sampai takleh nak tido, kena citer jugak lah. Hahahaha.


Tu lah dia Apps Blogger yang aku download semalam kat google play. Senang keje aku lepas ni, tak payah nak tunggu hari isnin baru nak update blog. Maklum lah, kat umah takde tenet. (n˘v˘•)

Yang nak tunjuk secoet je, tapi saje nak tayang wallpaper lawa.. Kehkeh ✧٩(の❛ᴗ❛ の)۶


Okay ni rupa bahagian dalam die lah. Sebelum masuk sini komfem lah kena masuk email blog dulu kan.. So ni senarai entry yang aku dah post selama ni. <(‾︶‾)>
 
So skang kiter dah boleh taip ape yang kiter nak.. Yeayyyy !! ヽ(´▽`)/

Kalau korang nak upload gambar pon boleh jugak. Just tekan titik tiga sebelah kanan kat atas tu pastu keluar lah benda alah ni.. (◑‿◐) 

Lau korang pilih pick a photo, keluar la camni. So boleh la cari gambar yang korang nak tu. Tapi apps ni macam leceh sikit la sebab tiap kali nak upload gamba kena save dulu, pastu edit lagi. So bagi yang jenis tak sabar tu disarankan jangan install, kahkah.. (〜^∇^)〜 

Nak taip satu ni pon berejam, caittt. Line data yang kuat juga memainkan peranan penting ye. Kalau guna data free cam aku ni memag berejam lah nak post satu entry. Kihkihhh

K lah, nak tido dulu weii. Lewat nau dah ni.. Lepas dah siap korang post jela ye.. Takkan tu pon aku nak tunjuk jugak. Pandai2 la belajar sendiri, kehkeh. Good night ! Sweet dreamssssssss uollsss.. ლ(⌒▽⌒ლ)

Sunday 15 January 2017

Hari minggu yang membosankan..

Assalamualaikum...

Korang buat ape? Aku baru siap masak.  Pukul 5? Okayy.. Baru siap masak tengah hari. Biase lah bile duk sorang kat umah, memang malas ah aku nak masak. Nak makan pon malas. Ntah ape yang aku rajin nak buat pon tak tau lah.

Hari ni boring betol bagi aku. Nak bace novel pon takde mood. Nak kemas bilik kat tingkat atas pon malas. Hadoi ape kena ngan aku hari ni? Semua benda malas nak buat wei. Mungkin semalam terlebih rajin,  so ari ni mood nak rajin tu kelaut ah. ╮(╯_╰)╭

Takde ape pon aku nak cakap sebenarnya. Saje nak gitau hari ni hari malas aku, bhahahhaha. Lantakkannnn. K lah, byeee. Selamat berhujung minggu uollssss. 0^◇^0)/

Friday 6 January 2017

Azam tahun baru

Assalamualaikum...

bila dah masuk tahun baru ni, jalan pon sesak dengan budak sekolah, kihkih. teringat zaman sekolah dulu, bila nak mula sekolah je, barang sekolah mesti nak baru, gi sekolah ngan azam baru, semangat baru. bila dah jumpa kawan kawan, macam macam gosip yang keluar. maklumlah, lama tak jumpa kan. padahal baru berazam taknak gosip gosip. apehal?

tahun ni, aku harap sangat aku dapat buat lesen kereta. oiii bila dah tua camni baru nak fikir pasal lesen segala bagai. dulu tak hirau pon. tapi sekarang dah ada kesedaran sivik sikit nak ade lesen sendiri, nak ada kereta sendiri. bila tengok kawan kawan boleh bawak kereta, boleh gi jalan merata rata, jeles sangat rasanya. bagi aku jeles tu perlu sebab ia buat aku lagi rasa nak ada kereta sendiri. aku kena dapatkan jugak dua benda ni dalam tahun ni, insyaallah.

kereta idaman...

sejak kereta ni keluar, memang aku aim yang ni je. walaupun ada lagi yang hebat dari ni. dengan design dia, memang aku suka giler ah. aku tak mintak lebih pon, asalkan aku dapat capai target aku tahun ni, syukur dah. harap harap boleh tercapai lah dua benda ni. amin !