Wednesday, 29 March 2017

Hakak lupa diri, lupa daratan. T_T

Oiiii dah lame tak menjenguk belog kesayangan hamba nan satu ini. Kalau rumah tinggal lame2 cenggini dah bersawang dah berhabuk sampai ke luar rumah. Teruk bebenor. Maafkan hakak, hakak lupa diri sekejap. Ingat dah femes macam belog lain gamaknye, puihhhh.
Bukan taknak menjengah, tapi rase malas nak menaip tu mashaallah, tuhan je yang tau. Nak taip kat henfon malas, nak tekan keyboard pc pon malas. Dah kalau semuanye malas, ape yang rajin milah oiii. Kalau ade assistant kan bagus. Kiter cakap je biar dia yang taip. Hakak malas dekk oi.
Pernah terfikir nak padam je blog ni. Pastu 2,3 minit lepas tu menyesal sampai tua. Apehallll. Sikit2 nak padam blog, pastu menyesal berjuta kali siap nanges meracau kat bucu tangga.
Tapi hari ni hakak berazam akan cuba menghapdet belog dengan lebih kerap lagi. Hakak akan merepek meraban melalut segala macam agar belog hakak tidak akan bertambah sendu. Kesian sape yang follow hakak, cam tak guna je kan follow tapi takde update pape. Hakak mintak ampun wak. Jangan unfollow hakak ye. Hakak dapat followers banyak ni pon da syukur sangat cam nak buat kenduri 7 hari 7 malam. Ngeeee, melebihhh pulekkkk
Hokay hakak belanje satu gamba yek. Bio lah x cantek pon, blog hakak kan. Suke hati ler. Kuikuikui
Biar lah parut bersepah kat muka pon, hakak nak post jugak. *^▁^*

Thursday, 9 February 2017

Mentaliti orang kita.. Huhhhhh

Lama dah wei tak update blog.. Malam ni aku kembali ngan cerita hangat yang mampu menghangatkan hati aku yang suci lagi murni nih. Ciiiiisssss !

Aku paling tak suka orang yang suka main serkap jarang je bila nk bercakap. Nak plak hal yang sensitif. Hoi pliss tengok kiri kanan dulu sebelum nak cakap pape. Bukan stakat nak lintas jalan je kena tengok kiri kanan.

Penah tak sesape yang bila korang cakap teringin nak makan something, tetibe ada orang wasap kau n cakap "tahniah ! Dah berapa bulan?". Ehhhh what??? Ape hal tetibe tahniah and tanye dah berapa bulan? Caca marba betoi la.

Takkan lah sebab aku cakap nak makan sesuatu, terus di anggap pregnant.. Habis kalau aku teringin nak handbag baru, tu dikira pregnant jugak ke. Kalau tak tau pape, jangan main cakap je. At least tanya lah dulu. Ni tetibe tahniah, orang pon boleh sakit hati.

Bagi aku tak elok lah tetibe wasap camto. Cuba kalau kena kat orang yang dah lama kawin, yang takde anak lagi, tak ke sedih orang tu? Hal macam ni kan sensitif, jangan main cakap je. Aku ni dah banyak kali kena camni, tapi malas nak layan. Dalam malas nak layan tu panas jugak hati nih. So kat laki aku lah tempat aku lempiaskan rasa amarah tu, kehkeh. Aku pon tak penah nak tanye die tu dah pregnant ke belom sebab bagi aku isu ni sensitif.

Bila lambat kawin, orang tanya bile nak kawin. Bila dah kawin, tanya bile nak dapat anak pulak. Dah ade anak, tanya bile anak nak bercakap berjalan berlari pulak. Soal mati taknak tanya bila nak mati? Kan dah lama hidup.

Apa yang penting, doa yang baik2 jelah. Orang diam tak semestinya orang suka. Ni semua urusan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, kita hanya mampu merancang dan berusaha, tapi Allah yang tentukan. So doa yang baik2, cakap yang baik2.