Tuesday 27 December 2016

Counting days to year 2017

Assalamualaikum...

lagi 4 hari je nak masuk tahun 2017. and lagi 4 hari tu jugak la pesta orkid kat tempat aku nak berakhir tapi sekali pon aku tak jenguk lagi,huarggghhhh. lambat nau lah gaji pon. setakat nak meronda saje memang tak lah, buat penat kaki je laki aku cakap. caittt, padahal dia tu yang malas nak bejalan. aku elok je kalau round 4x pon. huh, tak best lau jalan ngan laki nih. nak ajak kawan takde kawan pulak kat sini. hoiii menyempat pulek.

uishhh lagi 4 hari  nih nak masuk tahun baru. azam tahun ni dah termakbul ke? ke nak bawak ke tahun depan? aku cam biasa lah, tiap tiap tahun duk pikul azam yang sama je, sampai bila nak tertunai tah, kehkeh. hutang piutang dah langsai ke mak enon? bila cakap pasal hutang ni, tak sanggup pulak rasa nak cakap. ting tong tunggggg. *macam banyak pulek hutangnye. kahkah*. sapa yang berhutang tu, pandai pandai la setel ye. peringatan tuk diri sendiri jugak nih.

sapa yang duk area batang kali ni kompem lah dah tawaf patbelas kali kan kat pesta orkid tu. aku? hanya mampu mendengar jiran aku bercerita, puihhh. takpe malam nanti aku nak ajak laki aku gi sana. lantak lah ronda je pon, at least boleh mark barang apa yang aku nak beli bila gaji dah kuar nanti. punya lah meriah diskaunnye, sakit pulak hati ni. terus nak beli kain untuk raya nanti. kesah pulak aku kan. tempah awal awal, takdelah kalut macam raya tahun lepas. ehhhh, nak citer pasal raya ke tahun baru?

tapi apa pon, semoga azam korang tahun ni tercapai lah semuanya. jangan jadi macam aku pulak, bawak lah azam yang sama tu tiap tiap tahun.


Wednesday 14 December 2016

Giveaway Topup Percuma by Atiqah Najihah

Assalamualaikum...



Jom ramai ramai pakat join giveaway Atiqah Najihah ni.. Tekan gambar untuk penyertaan tau ! :)

Thursday 1 December 2016

Yeayyy aku menangggg !

Assalamualaikum...

tadi ngah belek-belek belog, duk pikir apa aku naik citer ari ni. *Jap, belek belog tu acaner? cam belek majalah ke? konpius nih.* aghhh lantakkan. aku ngah heksaited giler nih nak bagitau korang bahawasanya aku menang GA Kasihku Amani ! yeayyyy !! lompat bintang nambelas kali. yuhuuuuu. *nampak tak keterujaan disitu bila tak pernah menang? terus jakun, nak sambung lompat lagi patbelas kali.* (*´*)

sambung balik ayat tadi. tengah duk pikir pikir apa aku nak citer, terus teringat kat GA ni. ehhh da 1 hb 12 nih. mesti nama pemenang dah kuar. sebenarnya tak bajet langsung yang aku menang, tipu lah kalau tak harap sebesar kudis pon yang aku nak menang. join GA mesti nak menang kan and tambah kawan tapi takda ah rasa teruja yang aku akan menang, just saja-saja nak nengok ah. *cam pelik je ayat aku ni. aghh lantakkan janji maksudnya sampai, kahkah*. Sambil sambil tu boleh blogwalking skali kenn. ehhh sekali tengok nama blog aku. wahhhhh gila tak eksaited. punya lah ramai blogger yang join, yang hebat-hebat semuanya, tapi aku tersenarai sebagai salah sorang dari pemenang. Alhamdulillah, syukur sangat sangat tau. rezeki bulan 12. aku harap bulan ni bos bagi bonus, amin.*sempat menyelit* ˘˘


siap screenshort bagai. giler jakun ah. hahahaha

banyak kali jugak ah aku tengok nama blog aku tuh sebelum bagi detail kat owner blog, Kak Sha. siap tekan link lagi takot blog orang lain, mana tau kan. tahniah jugak kat blogger yang lain, tak sabar nak gi intai blog depa. and tenkiuuuu yang wish tahniah kat aku. takde hadiah ai nak bagi yu, emm bagi kiss boleh x? muahhhh setepek ! kihkih  (((´‿♡`+)))

tapi apa apa pon aku nak ucap terima kasih banyak banyak kat Kak Sha sebab buat GA ni, pastu pilih pulak belog aku yang ting tong sendu ini sebagai salah sorang dari pemenang GA dia. terharu tau ! *lap air mata bawah meja*. Tak sangka boleh menang. nak kasi kiss jugak ah kat Kak Sha. Muahhhhh !!!! bertepek tepek kat muka Kak Sha. thanks again kakak. semoga murah rezeki and buat lah GA lagi. mungkin ada rezeki orang lain pulak nanti untuk menang. ()

Friday 25 November 2016

Coleslaw ala KFC - Resepi Cik Epal

Assalamualaikum...

minggu lepas aku ada baca blog cik epal, dia tunjuk plak cara-cara nak buat coleslaw ala ala kfc. aku apa lagi, meroyan ah kat opis. *okay ni tipu*. aku dah la suka makan coleslaw ni, kadang berebut laki bini. bukan nak ngalah laki tuh, huhhhhh. 

so bila dah dapat resepi ni petang tu jugak aku ajak laki aku gi cari barang nak buat. semangat uollsss. benda yang kita suka kan, mesti ah kena tunjuk semangat kesukanan tu. *ehhh tetibe. ingat ni maraton lumba lari?*

ni bahan utama ah. gigih aku potong kobis tu halus halus. lobak tu pon jenuh nak potong bagi bentuk kiub walaupun ada jugak terselit bentuk pentagon, hexagon. wahhhh hebat sangat. engko hadooo? 


step by step aku tak snap ah sebab x terniat pon nak update dalam blog tapi memandangkan blog aku sunyi tanpa cerita so aku update lah pasal ni. hewhew. buat ni pon masa tengok gegar vaganza. nasib tak terpotong jari uolsss bila mata kejap tengok tivi kejap tengok kobis.

dalam resepi cik epal dia ada guna lemon, tapi aku tukar guna limau nipis. lemon takde kat kedai runcit, terpaksa beli limau nipis. takkan nak masuk ekonsave semata mata nak beli lemon sebijik. memang tak lah laki aku tu nak gi. tapi aku hangennn je bila perah langsung tak kuar air. limau nipis menipu nama dia. sakit pulak hati ni. dapat la secoet, jadi lah nak oi dari takde langsung.

taddaaaa. dah siap ponnn, hewhewww. tak sabar gila nak makan. tapi tak best lau terus makan. so aku masukkan dalam peti sejuk semalaman sebab baru best makan sejuk sejuk. bagi kobis, lobak ngan bahan bahan lain sebati dan mesra bersama dulu. 

yeayyyy dah boleh makan. syokkkk tekak dapat makan ni banyak -banyak. lau makan kat kfc tak cukup. yang ni siap tambah tambah lagi uollsss. kfc boleh cenggitu? gi kaunter nak mintak refill. hikhik. pasni nak buat lagi, buat banyak banyak. takde ah nak berebut lagi. 

pape pon aku nak ucap thanks ah kat cik epal sebab share resepi yang sedap sedap kat blog dia. rambang mata nengok, menjejeh air liur depan skrin. hahahha. kalau korang nak resepi ni boleh la klik kat SINI. hokay byeeeee

Friday 18 November 2016

handphone zaman kegemilangan aku dulu

Assalamualaikum...

salam jumaat semua, harapnya semua sihat sejahtera, mana mana yang demam ke tak sihat selsema ke cepat cepat lah pergi klinik. cuaca sekarang memang tak menentu, sekejap hujan sekejap panas. so jaga lah diri masing masing.

bila terpost gambar handphone kat entry semalam, tetibe teringat handphone yang pernah aku guna masa dulu. ni bukan nak show off ke nak bajet kaya ke apa, just nak share. kalau kaya dah pakai iphone. kihkihkihhhh

sebelum adanya wechat whatsapp ni, kita semua pulun meseg jelah. kena topup selalu je. bila kredit dah tinggal 20sen tengah tengah malam buta, mana nak cekau topup. mula lah masuk bilik mak senyap senyap curi kredit singgit. kehkeh. tapi sesenyap mana pon aku ambik, mak aku tetap perasan. dia selalu cek kredit dia, ingat pulak tu. memang dah takde orang lain dia nak tuduh sebab kitorang berdua je dalam rumah. hahhaha.  masa sekolah dulu rela tak makan sebab nak simpan duit beli topup nak meseg boipren. si boipren plak bila tinggal seringgit je terus diam, dia cakap nak jimat kredit. caitttt, aku rela berhabis sampai tinggal 0 sen tau. memang patot aku tinggalkan dia, dah la takleh berkorban untuk awek, curang pulak tu. ehhhhh, emosi tetibe.

tapi bila tengok balik gambar gambar handphone yang aku penah guna, teringin pulak nak guna balik. handphone 3310 yang paling win. kebanyakan handphone yang aku guna dulu lebih pada nokia lah. masa tu jenama tu je yang aku tau. dulu aku ingatkan jenama nokia ni sama macam nama topup celcom tu. kahkah, giler jakun. nasib tak gi kedai mintak topup nokia 5 hinggit. tapi sekarang ni memang payah giler ah nak dapat handphone lama. aku ada perasan kat ig ada jual tapi tak terbeli pon. kalau beli pastu simpan buat pekasam tak guna jugak kan. aku bukan jenis yang suka mengumpul koleksi sangat.

ni handphone yang aku guna dulu. yang kaler hitam tu ayah aku guna. masa tu ayah aku tanya nak handphone macam mana, aku cakap nak macam ayah. so ayah aku beli yang kaler pink purple tu. tapi tak lama ah aku guna sebab rosak masuk air. air apa tu rahsiaaaa. terus jemmm handphone aku tau. haishhh. tapi memang aku sayang ah handphone ni. 

yang ni paling menyampah aku rasa. asyik mati je. masa tu mana nak tau pasal bateri kong ke apa. budak budak hingusan lagi, mana nak reti pasal faktor dalaman nih. so kejap jela aku merasa pakai handphone ni.

yang ni aku suka pakai, nokia 5300 xpress music. sebab ada mp3 kan, boleh dengar lagu. pastu boleh hantar gambar kat boipren. hihihihi. rasa bangga dah bila pakai handphone slide camni. selfie hari hari sampai penuh memori.

dalam banyak banyak handphone, yang ni paling mahal n paling aku sayang. aku pakai ni masa aku form 5. tu pon ayah angkat aku beli. baru keluar plak, memang mahal lah. dia ada dua slide, kalau tolak atas untuk keypad, lau tolak bawah untuk dengar lagu macam gambar atas nih. bila dapat yang ni, aku jual handphone merah kat atas tu kat kakak aku sebab dia nak.memang takleh orang sentuh yang ni. pernah sekali tu aku mengamuk kat rumah sebab abang aku ambik nak bawak gi kelantan. agak ah nak bawak gi jauh jauh. pastu lama pulak tu. aku mengamuk, habis aku selerak baju cadar bantal dalam bilik. nangis sampai sembap bijik mata. kalau tengok pada rupa masa tu memang tak nampak rupa orang dah. aku memang pantang ah kalau orang ambik barang aku suka hati. bukan semua lah tapi kalau handphone memang aku pantang. so dengan pantasnya mak aku ambik tindakan suruh abang aku bagi balik.

aku pakai sampai lah aku masuk kolej pastu rosak. speaker tak dengar dah, kalau orang call aku kena pakai earfon. nak repair tak berduit. huhai. pastu terpaksa pakai handphone murah balik. maka habislah zaman kegemilangan aku pakai handphone mahal. 

aku pakai handphone ni kejap jugak, dalam setaon lebih. ni pon beli masa study dulu ah. kongsi duit ngan my bff, beli handphone sama. pastu mula lah kadang kadang bangun tido tertuka fon. dah beli sama jenis, tido pulak sekali. handphone ni still lagi ada kat rumah, still lagi elok. yang aku suka pasal handphone ni speaker dia ah. memang kuat. tapi kalau nak citer pasal camera memang kelaut ah. tapi nak buat macam mana, kena hadap jugak lah. janji dapat guna buat call mak, call boipren. ehhhh nak jugak. kihkih


ni yang aku pakai sekarang, samsung grand prime gold. merasa ah nak pakai samsung sejak dari dulu lagi. baru keluar terus beli, yang ni memang aku beli sendiri pakai duit gaji. tapi ada jugak ah selit selit duit bff aku sebab tak cukup, hahaha. nama je gold tapi bila dapat kat tangan takdelah gold sangat. sekarang ni aku target nak pakai handphone jenama ZTE lak. suka giler aku tengok, dengan nipisnya, dengan smartnya. aduhh kena kumpul duit cepat cepat nih.

bila agaknya dapat pakai awak ekkk.. 






Thursday 17 November 2016

Perbezaan budak zaman dulu dengan sekarang

Assalamualaikum...

dah dua tiga ari diamkan diri dari dunia blog. takdak idea wehhh nak taip apa.. hahaiii. tadi masa tengah syok makan, tetiba idea datang jengah disebalik lauk. adakah aku akan mendapat idea sekiranya aku makan? *abes sebelum ni tak makan ka? telan batu buat macam popcorn? ceettttt*

hehehhe. sambil tersenyum nih taip. nak habaqnya tengah hepi bila perot dah kenyang, tambah plak orang belanja. lagi lah meleret senyum. ditambah lagi dengan alunan lagu Gerua dari filem Dilwale. berdentang dentum bunyi speaker kat bawah opis aku nih. ehh jemput ah datang nanti hari sabtu kat Batang Kali, ada sambutan Deepavali kan. tu depa ngah praktis la tu. syiokkkk nengok, tu pon intai disebalik tingkap ja. nak turun kang over plak. kuikui

okay sebelum aku melalut ke laut, aku nak kongsi sikit la pemerhatian aku ni. ecehhh macam buat eksperimen pulak. *malu titeww*. korang yang lahir zaman 90an dulu mesti rasa beruntung giler berbanding budak milenium sekarang ni. tu pon kalau korang rasa beruntung la. tapi bagi aku, zaman kecik-kecik dulu penuh kenangan yang manis, yang syiokkk. yang best giler. panjat pokok, panjat bukit, main masak-masak, main galah panjang, tangkap ikan dalam parit, budak la ni tau ka apa semua tu? uishhh syokkknya. kalau nak main galah panjang, mesti semua berkumpul kat rumah aku. sebab rumah aku je yang ada kawasan luas. puas hati ah lah nak main apa pon. tapi sekarang ni sempit dah sebab ayah aku sambung umah  masa kakak aku nak kawin dulu.


galah panjang @ toi. aku panggil toi. tak tau ah mana datang nama toi tu. heran jugak aku

syiokk main ni masa rehat. sebelum masuk kelas, sempat lagi main seround dua. yang paling tak best bila jadi tukang rebut kat tengah tu. 

masa aku balik kampung ari tu, terkejut giler bila tau anak buah aku yang form 1 dah pandai bawak keta. hadoiii mak buah dia yang umo 25 ni pon pandai pegang stereng je, maluuu. aku dulu masa sebaya dia duk kat asrama nun, nangis-nangis nak balik rumah. masa dapat tawaran masuk sekolah asrama kemahennn melompat nak gi. ehhh takpe, bolehnye. tak nangis lah. kan ramai kawan. tapi hampehhhh. tiap kali gi asrama, tiap kali tu lah air mata berjurai. nangis sorang sorang kat bucu katil.

pastu budak sekarang ni bila nak ronda-ronda pusing taman or kampung, mesti lawa macam nak gi pertunjukan fesyen. kemahenn bergincu berlilit shawl bagai. padahal pusing naik moto je, takde singgah mana-mana pon. aku dulu pakai tudung kedut kedut kelepet kat bahagian atas, jenuh tiup sampai terjuih bibir. pakai baju tshirt, seluar trek @ tracksuit. takde aih nak bergosok bagai. ronda pon naik basikal je ngan kawan kawan. selekeh yang amat. takda aih nak bergincu. mau kena ganyang mulut ngan mak aku, kahkah. aku kalau berlawa pon nak gi kenduri kawen. sebab ramai orang kan, takkan nak selekeh. malu mak aku nanti.

legend betoi basikal cenggini. aku tak pernah ada, teringin jugak ah nak naik basikal pompuan ni. 

bila tengok gambar masa aku darjah 6 dulu masyaallah, malu nak tengok kali kedua. hahahah. betapa selekehnya geng-geng aku dulu. rasanya kalau aku tunjuk balik kat kawan kawan aku mesti depa tak percaya. yelah, masing masing dah cantik sekarang ni, aku je selekeh tak hilang lagi. haishhhh

aku dulu boleh pegang handphone sendiri masa form 3 rasanya. sebelum tu main handphone mak ayah je. zaman dulu mana ada samsung galaxy bagai, dapat pakai nokia 3310 tu pon dah rasa bangga giler. hheheee.

handphone pertama aku. bangga giler dapat phone sendiri. 

game yang paling syok

budak sekarang kecik-kecik lagi dah dapat iphone, jelessss. 

masa hari raya, budak budak zaman dulu pepagi orang tengah semayang raya dah ada yang datang rumah. hadoi, masa tu aku mandi pon belum. tengah selekeh lagi sapu rumah, susun biskut raya atas meja. tapi part yang budak budak datang rumah tu memang aku malas betol nak layan. dah memang kompem aku yang kena buat air, nak kena hidang. tahap malas aku memang kronik ah, ditambah lagi kalau jenis yang memang datang nak mintak duit je. sekarang ni takda dah budak budak nak datang rumah, jalan ramai ramai keliling kampung. siap bawak beg kecik lagi sangkut kat leher nak isi duit raya, kihkih. masa raya ari tu pon budak budak takde datang rumah. tak tau lah sebab dorang rasa memang takkan dapat duit raya ke hape lau datang umah aku nih. dasar kedekut semua, hhaahahha. 

banyak sebenarnya perbezaan zaman dulu ngan sekarang ni. tapi normal lah, kita semua mengikut peredaran masa kan. tapi yang pastinya zaman dulu memang mengimbau kenangan ah kalau diingat balik. bila jumpa kawan kawan lama mesti akan tanya, ehh engko ingat tak dulu masa kecik kecik kita main kawin kawin, aku jadi bini engko. ehhh engko kan yang jatuh dalam parit masa kecik kecik dulu. aduhhh syokkk weh. tapi bila jumpa bekas suami kita masa main mak mak dulu, tak terkeluar kot soalan tadi tu. malu kot, hahhaha. aku yang selalu main ngan jiran belakang umah, lumba basikal sekali, makan nasi sama sama, main tepuk tampar  pegang tangan bila jumpa pon tersipu sipu malu. caitttt. malu sangat lah tu kononnye, hahaha. memang langsung tak bercakap. masing masing dah besar, dah ada life sendiri. dulu pernah terfikir acaner kalau aku kawin ngan dia? argghhh tidakkk. belakang umah je. baru tepuk kompang tiga empat kali dah sampai. hahahah

k lah nak kemas kemas dulu, dah nak balik rumah. yeayhhh ! nak gi intai orang praktis jap. babaiiii


Tuesday 8 November 2016

7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah

Assalamualaikum...

yeayyyyy novel 7 Hari Mencintaiku dah jadi drama. shukeee shangattt. *tetibe jadi pelat. tampo mulut lelaju*. aku minat giler ngan novelis Siti Rosmizah ni. novel dia semua best best. tak rugi aih beli. menjiwai sampai bengkak mata nangis. menjiwai sangat tuh, macam aku pulak yang jadi heroin dalam novel novel dia. hahahaha. keoveran itu memang selalu ada, bertabahlah.

setakat ni novel Siti Rosmizah yang aku ada tiga je sebab novel dia tebal sangat uolsss. nasib baik best tau, berbaloi sangat beli.






aku start beli novel ni masa aku dapat baucer buku. student kan dapat baucer 250, bukan student dapat duit brim. dah aku tak tau nak beli apa, aku borong novel ah. huhuuh. kolej aku lebih pada kemahiran, so tak rujuk buku sangat. pape hal google je. dulu aku tak minat nak beli sebab mahal kan. so pinjam jela. ada sorang kawan aku ni banyak gila beli novel. novel yang tak bukak pon berlambak lagi, dah beli novel baru. masa study kan nak pakai banyak duit, so aku tak minat ah nak beli. baca pon sekali je, tangkap leleh pon sekali je. macam baucer ni tak melibatkan duit kiter. nak tukar ngan duit pon tak boleh. huhuu

tapi bila dah kerja ni boleh la nak borong novel tapi kat tempat aku ni kedai buku yang jual novel tak banyak sangat. so tak best ah nak cuci mata. lagipun kalau aku gi cari novel, aku akan cari novel Siti Rosmizah ni dulu. memang aku suka sangat ah ngan dia ni. 

tak sabar betoi nak tengok episod dua ari ni. dah lama sebenarnya tak layan drama pukul 7 nih sebab tak best. tapi bila tau novel peberet aku jadi drama, terus tercongok depan tivi. yuuhuuu. 



Monday 7 November 2016

Birthday Giveaway by KasihkuAmani

Assalamualaikum...

dah lama sangat rasanya aku tak join mana mana contest. berbelog pon jarang jarang je sekarang ni mana nak menyempat nak singgah bercontest. lagipun sistur tak pernah menang u, sedih. hahahah. tapi hari ni sis rasa nak join satu costest ni, 
BirthdayGiveaway by KasihkuAmani


sapa yang menang contest ni, owner belog iaitu kak shahida akan bagi novel, agak seram jugak tajuk tajuk novel yang dia nak bagi tu, wuhuuu. aku pulak suka baca novel tapi tak pernah pulak beli novel seram. lagipun sekarang ni aku terlebih minat plak kat genre seram lepas tengok movie The Conjuring 2. terus jatuh cinta uolsss. hari hari tercongok depan tivi sebab nak layan movie seram.


Syarat Penyertaan:
1. Mestilah blogger di Malaysia.
2. Sila follow blog KasihkuAmani.
3. Buat satu entry dengan menggunakan tajuk Birthday Giveaway by KasihkuAmani.
4. Letakkan banner pada entry.
5. Banner hendaklah dibacklink ke sini.
6. Link penyertaan/url blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen ini sahaja.
7. Pemenang akan dicabut oleh Sha dan juga Suami.

hokay atas nih syarat penyertaan. baca betol betol, jangan langgar lari macam tu je. ni dengan tak baca syarat ngan terma terus bedal camto je. kang salah acaner? sebarang surat menyurat kompem tidak diterima dikkk oi. jom lah kiter bercontest beramai ramai. mana tau rezeki bulan 12 dapat hadiah dari pasangan besday bulan oktober & november ni. untung kan besday selang sebulan je ni, sambut sekali je, jimat uollsss. nak plak tarikh anniversary pon dekat dekat jugak. sekali harung ja, huhuh.

apa pon aku nak wish happy birthday to kak shahida and encik suami, semoga panjang umur dan murah rezeki, bahagia selalu bersama anak tersayang. selalu lah buat giveaway, mana tau ada rezeki nak join lagi, weeehuuu.

nak post satu entry ni pon patbelas jam amek masa. dari pagi tadi petang ni baru boleh update. k lah, nak sambung kerja balik. baiiiiiiii



Friday 4 November 2016

Mimpi...

Assalamualaikum...

pagi tadi aku sempat terlelap lepas brekfes. bab tido sempat aje selagi bos tak masuk, mueheheh. pekerja terbaik sangat. pastu dah tido kompem mimpi kan. ntah kenapa aku mimpi pasal klinik gigi pulak. ahhhh serammm mak nak !

dua tiga ari kelmarin ada lah aku rasa sakit gigi. tu pon sebab banyak sangat makan snickers. aku bukan peminat coklat sebenarnya sebab aku lebih ke arah aiskrim lagi. dalam peti ais tu biarlah kosong takde makanan asalkan ada aiskrim. tapi bila dah rasa nak, memang tak menyempat ah nak beli. jangan kata tidak lah kalau aku mintak, merana hidup nanti. 

shedappppp !

ehhh berbalik pada citer aku pagi tadi. bila dah bukak isu makanan terus kelaut. haishhh. aku mimpi aku kena cabut gigi, wuuu serammm lagi sekali. tengok jarum pon dah parkinson i uolss, belum kena cucuk lagi. yang takleh blah tu dokter tak cucuk lagi tapi gusi aku dah rasa kebas, hahahahaha. giler takot ah. air mata tak yah cakap ah, laju macam air paip. dah la nak korek korek gigi aku pakai besi tajam tu, eeee seram wei. bau besi tu pon dah buat aku rasa nak pengsan.

sakit gigi punya pasal sampai terbawak dalam mimpi. serik kejap nak makan snickers ni walaupun sedap giler babun. lepas ni kena behave dah, takleh makan selalu. tapi bila sebut bab makan ni, teringin pulak aku nak makan nasi lemak, maigaddd. lapar punya pasal. tengahari tak makan lagi kome oi. sobbssss. nangis bawah meja


maigaddddd ! telan air liur nambelas kali.. 

Salam Jumaat.

Assalamualaikum...



yeayyyyy jumaat dah. esok sabtu, lusa ahad, maigaddddddddd !! boleh rehat puas-puas sebelum isnin menjelma. kejang kejung otak aku bila hari bekerja. ecececehhh, macam lah kerja pikir pasal isu negara. tapiiii bila sebut pasal negara nih, panas pulak hati. aku gi mana mana kedai, pasaraya semua cakap ' minyak habis la kak', 'minyak takde !', lau cakap bertanda seru ni agak kasar sikit bunyi dia. tonyoh mulut pakai dawai periuk tu kang baru tau erti penyesalan. takleh cakap elok elok gamaknya. gherammm sisturrr.

nak makan keropok keping ni pon sis makan cenggitu jer, jimat minyakkk. -_-#

nak bagitau ni, semalam aku mimpi hantu. adoi, banyak nau hantunye. mentang mentang la malam jumaat. jiran aku pon masuk sekali, mak adik dia pon caras mimpi aku tau. dahsyattt. pastu yang takleh blah, si reshma af2016 pon jadi hantu. ko ghase? 

okay lah, tu je nak cakap. hahahha. tapi sis nak pesan, jangan lupa gi semayang jumaat karang yekkk. jangan duk membuta je kat umah tu, jangan sibuk hadap game je. aku terpikir jugak ah, yang tak reti nak gi smayang jumaat tu, dia tak malu ke duk dalam rumah sedangkan kiri kanan jiran semua gi masjid tapi dia boleh buat bodoh je dalam rumah? maigaddd. kalau dah memang muka tebal, memang takde perasaan ah. baca lah surah yasin ke, surah kahfi ke kat telinga tu, kalau takde kesedaran memang sampai ke tua lah gitu. malas nak bebel panjang, kelaut pulak nanti. salam jumaat, boiiiiiii..   ヽ(^。^)ノ


pagi pagi lagi sis dah berdagang. o (^‿^✿)o
Korang pulak brekfes ape?


p/s : tengah dengar radio era, dorang cakap minggu depan exam spm. so kepada adik adik yang akan menduduki peperiksaan minggu depan, semoga berjaya. jawab elok elok, jangan gopoh. tawakal kepada Allah. 

Thursday 27 October 2016

Saat paling menakutkan masa sekolah dulu...

Assalamualaikum...

Ngeh ngehh ngehhhh.. Tajuk blog pon dh sama panjang ngan citer aku.. Okay ari ni nak citer pengalaman or saat saat yang paling menakutkan masa kat sekolah dulu. Setiap orang mesti ada pengalaman masing masing kan. Ada yang takot ngan cikgu disiplin la, takot ngan ustaz la, takot ngan makcik kantin la. Tapi aku tak takot pon ngan cikgu disiplin sebab aku tak pernah buat salah pon, huahua.  Sooo kenapa aku perlu takot. Aku seorang pelajar yang budiman hokay.. ヽ(´▽`)/

Masa sekolah dulu aku paling benci bila van klinik datang. Kalau dah van dia datang tu maknanya nak cek gigi lah kan, takkan nak buat kenduri plak. Dari tadika sampai ke form 6, pantang betoi aku. Memang anti giler ah ngan dokter gigi nih. Masa tadika dulu bila nurse panggil aku buat dekk je sambil baca buku. Aihhh tetibe pandai pulak masa tu, hahhahaha. Sampai kena tarik bagai ngan cikgu. Aku duduk atas kerusi dia pon dah seram, tak bunyi segala mesin yang dorang angkut lagi. Memang macam macam ragam ah masa tu, budak budak lagi kan..

Sampaikan bila aku sakit gigi kat rumah pon aku tahan gitu je. Bila mak bawak gi klinik, memang meraung satu klinik tu dengar. Dokter siap  pujuk merayu bagai, macam macam hadiah nak bagi tapi aku punye keras hati, lantak lah situ. Aku nak balikkk jugak. Mak aku pon pasrahkan jelah. ╮(╯_╰)╭

Tapi bila dah masuk sekolah rendah, kena behave sikit. Dah besar kan, hikhik. Tapi nangesss jugak. Aku bila kena ramai ramai kat sekolah takpe lagi tapi bila dia datang kali kedua panggil beberapa kerat je pastu angkut gi klinik tu yang aku stress. Ingat lagi masa tu ada sorang budak pompuan ni kena gi skali ngan aku, dia tau aku takot. Dia pon bagi la semangat kat aku, jangan takot, tak sakit pon bila kena cucuk, macam kena gigit semut je. Tapi bila dah sampai klinik, dia yang nangis dulu. Hhahahahhha,hazabedah betoi. Tapi mungkin dia pon nak tenangkan hati dia jugak masa tu.

Pastu masa form 2 ke form 3 camto, aku kena jugak. Masa tu kena cabut gigi bawah sebab berlubang. Memang sebak habis dah, abang abang senior plak ramai kat luar yang tengok. Malu ah kalau nangis, jatuh saham aku, muehehehe. Tapi nasib baik la abang angkat aku a.k.a pujaan hati tak kesampaian datang bagi moral support. terus hilang sakitnye. Hikhikhik. Gedik shangatttt.. -_-!

Masa form 4 pon kena jugak. Arghhhh teruknya gigi aku. Masa form 4 tu kena tampal pulak. Ni lah akibatnya kalau kecik kecik penakot, kena tanggung bila dah besar. Aku memang penakot giler so kena ade orang yang teman aku. Masa tu ramai jugak ah geng kelas aku teman, terharu sangat. Haahahaha. Air mata tak payah nak cakap ah, kalau tadah mau penuh satu baldi. Bukan sebab terharu ke ape tapi sebab sakit. Terharu lain citer, hehehehee.

So bila dah besar panjang ni memang mak aku pon dah paham sangat dah. Kalau aku sakit kepala ke demam ke laju je aku cakap. Tapi kalau aku sakit gigi, memang aku tahan gitu jelah. Sakit wei, rasa nak tumbuk je semua gigi yang ada. Aku tahan nangis dalam bilik siap serkup muka ngan bantal lagi sebab taknak bagi mak ayah dengar aku nangis. Tapi naluri mak kan, macam tau je aku tengah sakit. Ayah pulak siap beli ubat sakit gigi spare banyak banyak kat umah untuk anak bertuah dia ni. (❁´‿`❁)

Perangai takot aku kat dokter gigi still ada sampai skang. Tak tau lah aku nak buat macam mana. Lau sakit telan painkiller. Nak gi cabut ke apa memang tak ah aku pergi. <(‾︶‾)>


van yang menghantui hidupku... (ノ^_^)ノ

kalau dapat nurse cantik macam ni, aku akan pertimbangkan. hahahaha. aduhhhh cik salmah baru pulang dari kerja.. ღ˘‿˘ற꒱



Confident level harus tinggi

Assalamualaikum...

hari ni hakak punya kompiden level tinggi sangat, merelip merah bibir hakak uollsss. sebelum ni memang malu jugak ah nak pakai lipstik merah menyala terang benderang ni. biasanya aku akan pakai lipstik yang kaler soft, pink camto je. aku suke merah merah ni cuma aku tak yakin ngan diri aku. pernah sekali tu masa nak balik raya taon lepas, aku jalan jalan dulu kat bazar ramadan sebab bas aku pukul 8 malam. so nak kena cari dulu lah makanan untuk berbuka. tengah jalan jalan tu ade dua tiga orang makwe ni duk pandang pandang sengih sengih tengok aku. uishhh takleh jadi ni. pelik sangat ke bila aku bergincu merah? ke sebab bulan puasa?

bukan aku jilat jilat pon bibir aku tuh. stress jugak ah, rasa macam lain macam lah, hahahhaha. memang bengang je aku masa tuh. lepas pada tu, aku tak pakai dah. serik uolss jadi perhatian kejakunan orang nih. tapi semalam masa sembang sembang dalam group whatsapp, ada sorang kakak ni suka pakai lipstik yang kaler gelap cam purple gitu. mak aihhh, kalau aku pakai kaler tu agak agak rupa apa la nanti. tapi dia cakap kalau kita suka, pakai apa pon nampak cantik, yang penting konfiden tu kena ada. kalau nak dengar cakap orang yang mengutuk je memang tak kemana ah.

so kesimpulannya kat sini, buat lah apa yang kita suka dengan penuh keyakinan. jangan duk pikir apa yang orang nak cakap nanti, apa yang orang nak komen. jangan takot dengan diri sendiri. kalau kita yakin, orang nak kata apa pon lantaklah kat situ. lau komen banyak sangat, sedekah je sorang satu. mungkin takde duit kot nak beli. byeeeeeee

hakak belanja sikit.. (^_^)


Tuesday 18 October 2016

Serangan Pepijat

Assalamualaikum...

korang kenal tak menatang ni? cer teka.. kihkih

geli pulak tengok lelame, wekkkssss

ni ah pepijat ye anak anak sekalian, kot ah ade yang tak tau kan. huhu. menatang ini selalunya ada kat tilam, bantal yang berkurun tak cuci, kat celah celah kayu. aku bukan nak citer pasal kesaintifiknye menatang ini tapi nak citer pengalaman buruk aku bile kena serang ngan menatang ni. hazabedah ah bile kena nih, sampai ke sepital aku.

btw mase kena nih aku duk umah mak angkat aku. first time lak tuh kena. mula-mula aku ingat kena gigit nyamuk je sebab menatang ni memang halus ah, lari pulak laju berdesup. macam mane nak perasan. lagipun kulit aku nih jenis sensitif sikit, kena nyamuk ke, semut ke terus naik merah-merah. kang bila digaru merebak ah dia.

mase tu badan da naik bijik bijik merah, da macam kena gigit nyamuk. buat rilek agi, tapi gatai giler. terseksa rasenye bila nak digaru je 24jam. letak bedak satu botol pon tak jalan, mak angkat aku cakap jangan garu nanti makin banyak. malam tuh aku tido berselimut satu badan, konon tak nak kena serang lagi ah. ehhh pagi esoknye bertambah pulak kat tempat lain. mase tu rase nak ambik berus jamban je nak garu. habis satu badan wei. engko rase?? rase nak tampo orang pon ade mase tu. mana taknye bile engko sorang je yang kena, orang lain sedap bergumbira bersenang lenang padahal dorang pon same jugak pakai bantal yang same. apehalll doo. stressss mak jemah

ayah angkat aku siap bawak gi berubat lagi, kena sapu kunyit satu badan. oiii dah rase macam nak campak diri sendiri dalam kuali je, goreng garing garing bagi dorang makan. pastu dengan pasrahnye aku balik rumah aku. mak aku tengok terkejot die. nih perang ngan nyamuk mane sampai teruk cenggitu sekali. malam tu aku memang tak tahan sangat dah, mak aku kol abang ipar suruh anta aku gi sepital, masuk kecemasan engko. betapa dahsyattttnye kesan menatang ni kat badan aku. dokter cakap aku ni alergik makanan. oiiii aku tak pernah alergik tau, main bedal je semua benda. tetibe je buat kesimpulan gitu. masa dokter tengok badan aku kekuningan tuh dia tanya aku letak kunyit ke. malu giler rase nak sorok muka dalam baju. kunyit kalau kiter basuh memang lambat ah nak tanggal. nyesal aku ikot pe yang tukang berubat tu cakap. last sekali aku kena tahan kat wad sebab dorang takot aku ada bengkak dalaman. masa tu lau tengok rupa aku memang dah tak berupa dah ngan bengkak bengkak satu badan. dah tak nampak kecomelan aku mase tu, kahkah. (sempat jugak menyelit)

berasa jugak la aku duk dalam wad dua hari, kena masuk air. and terpaksa aku jawab exam stpm satu paper kat wad. sedihhhh wuu. exam sengsorang atas katil. ehhh tak jugak, ade je tiga empat orang exam sekali ngan aku mase tuh tapi jauh giler ah masing masing. takleh nak meniru sikit sikit. caittttt. niat pon dah tak betol patot tak lulus paper tuh. bhahhahaah

lepas pada tu serik dah aku nak tido sembarangan. bile nak tido mesti tepuk tepuk bantal dulu. takot kejadian yang sama berulang lagi. malu wei bila masuk wad angkara pepijat, tak femes langsung penyebabnye. tapi yang best merasa la mak jaga aku kat sepital. heheh. biasenye aku yang jaga mak tapi mak pulak yang jaga aku. tapi kesian kat mak, tido kat kerusi jer, aku sedap berdengkur atas katil.

sape yang pernah kena benda ni tau ah azab dia macam mana. nak nangis je 24 jam. lagi teruk dari kena kutu atas kepala. aku siap nak ambik pisau nak garu, gatal yang amat.



Friday 14 October 2016

kemalasan aku

assalamualaikum...

setelah sekian lama menyepi, baru ari ni aku dapat menjengah blog sendiri. takde idea wei, hhhahhaha. teruk betoi lah rasenye, sel-sel otak tak berhubung dengan baik kot. tu yang ketandusan idea je salu.

ari ni aku nak kongsi pasal kemalasan aku. malas tu satu penyakit or tabiat buruk? hmmm konpius nih nak jawab, kehkeh. aku ni ade penyakit malas yang agak kronik jugak ah. contohnya bila aku dah basuh pinggan yang bersusun dalam sinki tuh, bila dah habis licin semua, aku gi makan. dah siap makan, letak pinggan dalam sinki, basuh tangan bagai pastu blah. pinggan yang ada dalam sinki tu ada satu je, aku biar camto jelah. padahal satu pinggan je, bukan patbelas pinggan dalam tuh. aku hanya akan pandang sepi je, lantak lah dulu. karang pon boleh basuh. wahhhh punya la pemalas kan.

pastu baju plak. part yang aku paling malas pasal baju ni masa nak lipat. aku malas betol nak lipat baju. malas nak lipat, pastu nanti nak kena susun cantik-cantik dalam almari pulak. jadi banyak kerja nak buat tau. dulu-dulu masa sekolah mak aku memang marah betol bila aku malas lipat baju. kadang seminggu lebih baju baju aku terperuk dalam bakul. mak aku bebel bebel ah, habis pecah pecah bakul die, kehkeh. lau dia dah geram sangat sebab takde bakul nak guna, dia campak je baju baju aku atas katil. dia memang takkan lipat, dah pandai kan. aku start basuh baju sendiri pon lepas aku datang period. dulu mana ada mesin basuh, basuh baju pakai tangan je. dah masuk sekolah menengah baru beli mesin basuh. mak aku ajar basuh baju sendiri, lipat sendiri. so baju kitorang memang tak campur.

sampai sekarang tabiat tu still tak berubah. aku akan longgokkan baju dalam bakul. bila rajin aku lipat ah. kadang rasa meluat sangat, takde baju dalam laci, baru gigihkan diri melipat. tapi bila aku sentap ngan laki aku, otomatik aku akan jadi rajin terlebih. dah rasa sakit hati nak marah, memang tak lah nak duk dekat dekat kan. bikin lagi panas lau cenggitu, huhu. memang aku akan buat semua ah, yang awal awal rasa malas nak lipat baju, memang aku kemas habis. dari baju sampai ke dapur. habis pinggan mangkuk aku cuci, lap dapur gas bagai. tetibe rasa nak gadoh ari ari, kahkah.

so malas aku ni akan berubah ubah ikot mood jugak la. kalau mood aku baik, aku akan bersih kemas satu rumah. lau mood aku suam suam kuku je, aku kemas mana yang patot jelah. tapi lau aku rasa takde mood langsung, lantak lah situ, kahkah. ehhh baru teringat. baju selonggok dalam bakul nak cuci. malassssssnyeeeeeee



Monday 26 September 2016

Lose heart


bila ada perasaan marah, sakit hati, tu maknanya still lagi ada rasa sayang. tapi bila rasa tu dah takde, buat lah apa pon, dah tak bermakna apa-apa.

teruskan dengan pembohongan itu. 

Kehilangan itu menyakitkan

assalamualaikum...

baru jer rasa teruja sebab dapat baby yang comel-comel tiga ekor tapi sekelip mata je dia pergi. memang tak boleh nak terima bila tengok dia yang diam tak berbunyi, badan sejuk kebiruan. menangis aku tengok, macam hilang anak sendiri. aku letak mulut dia kat puting mak dia dengan harapan dia akan hisap tapi sia-sia je. dia tetap pergi jugak. sekelip mata je semua mati.

masa ni dia baru mati. sedih giler-giler, nangis sampai bengkak mata.

sejam lepas tu yang ni pulak yang mati... :(


lagi lah bertambah-tambah sedih. nangis bagai nak rak macam aku pulak yang mati anak. masa nak tanam dia ni, mak dia nampak laki aku ambik. so dia ikot laki aku. dia nak ambik balik anak dia bawak masuk rumah tapi aku rebut. aku pegang leher dia pon still taknak lepas anak dia. masa tu memang nak terjurai dah air mata tapi aku tahan je sebab ada orang kat situ. lepas dia lepas anak dia aku terus tekup ngan tangan taknak bagi nampak. memang dia cari-cari ah, gi kat lubang laki aku gali, siap duduk lagi dalam tu. mungkin dia tau anak dia dah takde tapi sebab kitorang ambik secara paksa, so dia marah la. laki aku cakap suruh dia masuk dalam rumah, cari anak kat dalam sebab ada lagi sekor. lepas kitorang tanam, dia pergi lagi kat situ panggil-panggil anak dia. malam tu dia ambik anak dia dalam kotak, sorok bawah meja. bila dia nampak aku lalu kat situ terus dia jaga kat meja tu takot kitorang ambik lagi. dia tak gi makan, tak gi minum sebab nak protect. 

lepas tu dia keluarkan balik, tak tau ah mungkin tak selesa sebab sempit ke apa. tapi dia tak bagi susu, geram betol aku masa tu. dah la tinggal sekor je. dia cuma usung anak dia masuk bawah meja, pastu letak dalam kotak, letak belakang kotak. dia macam nak tunjuk perasaan ngan kitorang dengan abaikan anak dia camto je.

tengah malam sikit aku gi tengok anak dia, masa tu anak dia dah sejuk. aku memang tak sedap hati dah masa tu sebab yang dua ekor tadi sebelum mati pon badan dia sejuk jugak. masa tu tuhan je tau perasaan aku macam mana, rasa nak marah, rasa sakit hati kat mak dia. siap cakap lagi kat suami, kalau yang ni mati jugak aku memang taknak jaga dah mak dia. letak ah dia kat mana-mana, aku taknak tengok langsung. aku ambik anak dia balut ngan kain taknak bagi sejuk. aku bagi air masak titik-titik kat mulut dia sebab mak dia tak bagi susu. kompem-kompem lah dia lapa. aku takot sangat, mintak sangat-sangat kat tuhan jangan ambik dia sekali. cukup lah dua je mati.masa tu dia baru dia bunyi, sebelum tu memang dia tak keluar suara dah. bila aku tengok dia diam aku sentuh-sentuh tangan dia nak tengok dia gerak ke tak. 

mak dia datang pon aku tak bagi dia tengok sebab nanti dia nak ambik balik letak bawah meja, aku try letak kat puting mak dia tapi dia tak hisap. aku nak gi panaskan air, nak bagi air suam pulak. sebelum gi dapur aku dengar dia bunyi tapi aku tak tengok. lepas aku siap rebus air semua tu gi balik kat dia nak suap air tapi dia diam je. tak gerak langsung. masa tu dah dekat pukul 3 pagi. pasrah camtu je, memang meraung jugak ah aku kat situ. aku bagi mak dia tengok. masa tu still berbalut lagi ngan kain, dia nak bukak kain tu. bila aku bukak terus dia jilat-jilat anak dia, ambik letak bawah meja balik. 

awal pagi tu aku sedar, aku gi intai anak dia. dia letak anak dia hujung dinding belakang meja, dia pulak tido kat aku. aku ambik anak dia letak dalam kotak. pastu aku suruh laki aku gi tanam anak dia, aku cakap ada dalam kotak tapi dia cakap takde. aku memang yakin sangat aku letak anak dia dalam kotak, tapi dah hilang. aku syak mak dia bawak anak dia kat mana-mana tapi aku tak tau. dah puas aku cari kat tempat yang dia selalu sorok tapi tetap tak jumpa. sekarang ni dia selalu cari anak dia dalam kotak, dia akan panggil-panggil anak dia. bagi aku, kalau kita manusia ni yang hilang anak tiga sekaligus mesti dah meroyan. aku yang gugur dulu pon rasa sedih gila-gila apatah lagi kucing kan. 

kat kepala dia tu anak dia yang last, masa tu laki aku letak atas lantai sebab mak dia baing atas lantai. letak kat puting dia. tapi mak dia ambik anak dia letak atas bantal, dia tido kat situ. bantal tu aku baru buat, nak letak dalam kotak sebab sebelum ni lapik seluar je. aku nak bagi dorang tido selesa tapi sempat tido sekejap je atas tu. :(

aku dah dapat nama yang aku nak bagi kat dorang tapi tak sempat nak bagi. tak sempat aku nak ajar macam-macam, tak sempat nak tengok dorang buka mata, semua yang aku plan tak sempat nak buat. T_T



Friday 23 September 2016

Newborn

assalamualaikum...

alhamdulillah, sekarang kat rumah bukan berdua lagi. tapi dah betambah dengan kehadiran baby yang baru lahir, tiga pulak tu. hehhehehe. ehhh bukan aku beranak, mengandung pon tak macam mana nak beranak. haaa jangan maciam maciam, kihkih.

teruja sangat2 bila kucing kat rumah aku beranak ari rabu ari tu. balik keje, teruja tengok ada baby dalam rumah. masyaallah, eksaited giler. kalah mak kucing tu. tak tau lah nak gambarkan perasaan macam mana, hepi sangat2 bila tengok dia bunyi miaw2 tu macam baby menangis lapar susu. eeeee rase nak kemam2 je macam makan coklat sugus !

so sekarang ni, rasa teruja tu makin tinggi. tak sabar nak balik keje cepat2 nak tengok dorang semua. tiap2 malam sebelum tido mesti nak tengok dorang dulu. apa dorang buat, dah tido ke, tengah hisap susu ke. Allah, tak tau lah bila ada anak sendiri nanti macam mana. mesti lagi teruja kan.

kalau boleh satu dunia aku nak bagitau yang aku ada anak kucing yang comel2. walaupun tak gebu macam kucing parsi, tak secomel kucing kacukan yang lain, tengok dia tido pon aku rasa comel sangat dah. sebelum ni aku tak suka main dengan kucing sebab aku takot. kucing kan suka gigit, memang aku akan jarakkan diri ah. kadang2 tu aku main jugak bila balik kampung tapi takdelah eksaited sangat. masa mak kucing tu tak beranak lagi pon ada ah 2 3 kali kena gigit ngan dia sampai tercalar2 tangan kaki. rasa nak hempuk2 je ngan bantal, sabo jelah. T_T

aku tak sabar nak tunggu dorang semua besar, bila la nak besar. tak sabar nak tunggu dorang bukak mata, nak dorang tengok aku. ehh, lebih2 plak, kihkih. tak sabar jugak nak dorang gemok2 cam doraemon, nak gomol2 dorang. eeee bestnya. kenapa lah lambat sangat, macam2 aku nak ajar. nak main sama2, nak ajak tido sama2. over kan? hahahha. rasa nak balik sekarang jugak nak main ngan dorang. tak sabar nak bagi dorang nama. wahhh nanti senang sikit kalau ada nama. panggil je terus datang. waaaaa super duper eksaited dah ni. jakun kan?

tapi yang penting aku harap 3 baby baru kat rumah tu akan membesar dengan sihat dan gembira. kihkihkihikh

sorok anak dia. berlapikkan seluar lama je, tak sempat nak cari alas yang elok sikit.

eeee geramnya tengokkkkk !

haiiiii babiessss ! im sooooo in love with you tau !






Thursday 22 September 2016

Pinocchio

Assalamualaikum...

haiii uollssss. ngah watpe tu? korang dah makan ke? pada yang tengah kerja tu, kerja lah dengan seeloknya ye. kakak2 makcik2 yang tengah masak tu, masak sedap2. abang2 yang bawak lori tu, hati2 kat jalan raya. jangan main henpon pulak. ehhhhhh dah kenapa engko, ingat ni konti radio thr? kahkah. terover pulekkkk.

korang pernah tengok citer kartun pinocchio tak? alaaaahhhh mesti penah ni mase kecik2 muda remaja dulu. sekali menipu, 10cm hidung jadi panjang. patbelas kali menipu, mampos nambelas kaki persegi hidung dia panjang. kehkeh, aku pon dah jadi penipu jugak nih. *^_^*

burung pon siap buat sarang lagi. kongajaqqq, hhahaha


sekarang ni bukan aku nak citer pasal pinocchio kartun kayu tuh tapi citer korea tajuk pinocchio. yang suka layan korea tau ah citer nih. aku pon baru je layan sampai 4 episod setengah. setengah tu sebab episod keempat tak abis lagi, kehkeh. citer tu taon 2014 punye, giler jauh ketinggalan. nak buat camne, baru tau kat mana boleh download drama korea free. bertaon aku search, bulan ni di taon ini baru jumpa.  -_-!

ensem kan lee jong suk? auwwwww


citer ni mengisahkan seorang perempuan (park shin hye) seorang pinocchio yang nak jadi pembaca berita tapi ditolak oleh satu syarikat besar sebab dia tak pandai menipu. kalau dia menipu dia akan tersedu. pastu pakwe korea aku pon berlakon sekali merangkap hero dalam tu iaitu lee jong suk. my baby booo. kahkah. sebab dia lah punca aku mendownload citer nih. yeehuuuu. hokay setakat tu je aku boleh citer sebab tengok pon tak abis lagi camne nak citer lebih2 oiii. kahkah. agak2 kena hempuk ngan tong gas tak? ampunnnn

pinocchio ni ada kebaikan dan keburukan jugak. apa yang aku tengok sepanjang empat episod setengah ni, banyak jugak la pengajaran dia. salah satunya kita tak boleh nak menipu. kalau menipu senang jer kantoi. pastu ada satu part yang mana hero dia cakap dengan satu penipuan boleh membunuh seseorang. haaa lebih kurang cenggitu ah ayat dia. aku pon tak ingat dah. tapi terlampau jujur pon tak boleh jugak sebenarnya. yelah kan, contoh engko tak suka kat seseorang pastu engko cakap suka sangat2, memang kantoi ah. selagi dia menipu, selagi tu lh sedu dia tak berenti. sama cam pinocchio kayu kartun tu, menipu je selalu hidung pon makin panjang.

bila tengok citer tu, yang mengisahkan bidang kewartawanan and dunia berita, terfikir jugak lah kat otak aku ni. memang dunia berita cenggitu ke? suka menokok tambah benda yang tak ada untuk dapat rating tinggi? tu yang aku tengok dalam citer tuh la. yang realitinya tu tak tau lah macam mana.

tapi bagi aku citer ni memang best ah. tak sabar nak habiskan 20 episod. balik rumah kononnya nak layan tapi bila 8 jam mengadap komputer kat ofis, memang tak lalu lah aku nak hadap laptop pulak kat umah. mase belajar dulu lain ah, boleh layan korea sampai pagi, ngantok tolak tepi janji layannn.

kalau anak2 yang degil tak reti dengar cakap boleh je ugut2 sikit. sape2 degil nanti hidung jadi panjang cam penyidai baju, nakkk???? haaaa kompem semua takot. alahhh tipu sikit2 jer, heuheu. untuk kebaikan dorang jugak khennn. hokay lah bye `(^_*)/



Tuesday 20 September 2016

Budaya Viral

Assalamualaikum...

aku takot betol dengan masyarakat sekarang ni. sikit2 nak viral, segala hal mak nenek nak diheboh. budaya viral ni ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. kena ke ngan peribahasa ni? lantaklah jenab oi, kihkih.

kadang tu benda yang tak patot pon engko sebok sangat nak sebar satu dunia. kisah retis bercerai, kisah jiran sebelah rumah gadoh berebut kawasan laman, macam2 lah. hishhh, penting sangat ke berita cenggitu? la ni maruah orang ibarat telur di hujung tanduk ja. bila2 masa ja boleh tercemar dek kerakusan manusia yang suka duk jaja cita orang nih. bila2 masa boleh tercemar, tercalar. pasal rumah tangga orang watpe korang sebok2 nak bagitau satu dunia. depa gaduh laki bini dalam rumah pon orang luar boleh tau. cuba kena kat batang hidung sendiri, mau mengamuk satu kampung.

manusia cenggini bila tak kena kat batang hidung sendiri memang tak pernah serik. semalam aku tengok dalam fb, viral pompuan silap anta gambar tak bertudung kat sorang jurugambar, dia nak anta kat laki dia tapi salah anta pulak. dah masuk dalam fb, gambar pompuan tuh dikaburkan. so nampak macam tak elok lah. orang lain yang duk komen tuh macam2 la kata, buat andaian itu ini. yang herannya, kenapa dia nak viralkan whatsapp tu, siap screenshort bagai? dia nak femes ke? kesian kat pompuan tu, dia dah jawab isu tu pon still kena kutuk jugak. manusia oh manusia.

nak viral sesuatu berita nih tak salah tapi bia lah yang elok2. contoh anak hilang ke, kereta kena curi ke, nak cari keje ke, mintak orang sebarkan mana tau ada mana2 tempat nak pakai pekerja, ha bagus la macam tu. ni tak, sebok nak canang cita orang sana sini.

janganlah sampai maruah orang lain tercalar sebab kesalahan kita sendiri. kalau kita tutup aib orang lain, Allah pon akan tutup aib kita. Insyallah...

Cantik

korang suka tak edit gambar korang, muka korang pakai camera 360, beauty camera, b612? sekarang ni ramai yang suka guna app ni kan. memang pelolessss giler ah kulit, gojessss sangat2 kalah angelina jolie. aku pon pernah jugak ah edit2 gambar, bila tengok gambar yang dah edit tu, allah lawanya. putih melepak bab salju, sebutir jerawat pon takde kat muka. apatah lagi parut2 jatuh pokok jatuh beskal zaman 90 an dulu. tapiiiiii bila tengok yang asli, masyaallah, parut sana sinun, eyebag patbelas kilo. ko ghase?? malu yakmat bila nengok muka sendiri dalam cermin. betol lah orang cakap, realiti tak seindah mimpi. ehehehe, tipu jer. bia lah muka tak peloless macam angelina jolie pon, yang ada ni pon syukur dah. ada jugak orang nak. upssss !

tapi bila bab nak post kat fb, instagram nih aku segan sikit. bukan sikit ah, banyak gila. malu yakmat. bila dah edit macam2, memang ah lawa kan. pastu post kat fb, dapat pulak beribu lemon like, patbelas ratus komen, disana memuji disini teruja, wahhhh gitteww. andainya satu ari tuh terserempak lah ngan salah sorang yang beribu lemon tadi kat mana2, pasar borong ke, kfc, ke, tepi jalan beli buah ke, ehhhhhh?? dalam gambar kemahennn lagi lawa tapi bila tengok depan2 cenggini pulak rupanya? teruss pengsan kat situ. hahhh, ko nak tanggungjawab? sebab tu lah aku tak suka pakai app ni semua. bia lah orang kenal kita dengan diri kita sendiri, tak payah nak edit sana sini. nanti dah tua nanti takkan ko nak edit jugak kedut2 kat muka tuh. nanti bagitau cucu sebelum amek gambar pakai camera 360 dulu ye, nenek nak nampak cun. bia gojesss macam zaman muda mudi dulu. padahalll zaman tok kaduk dulu pon engko menghedit jugak. 

namun tak semua orang sama pendapat ngan kita, ye dak? aku tak kata aku perfect. aippp ! tarik tinge kang. ni just pendapat aku je. aku bukan nak kecam orang yang pakai app ni, just my opinion only. cuma, lebih baik jadi diri kita sendiri kan dari berselindung dari bayang2 orang lain. kecantikan itu adalah hak milik setiap insan. hargailah diri anda kerana kecantikan itu datang dari dalam.