Tuesday 8 November 2016

7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah

Assalamualaikum...

yeayyyyy novel 7 Hari Mencintaiku dah jadi drama. shukeee shangattt. *tetibe jadi pelat. tampo mulut lelaju*. aku minat giler ngan novelis Siti Rosmizah ni. novel dia semua best best. tak rugi aih beli. menjiwai sampai bengkak mata nangis. menjiwai sangat tuh, macam aku pulak yang jadi heroin dalam novel novel dia. hahahaha. keoveran itu memang selalu ada, bertabahlah.

setakat ni novel Siti Rosmizah yang aku ada tiga je sebab novel dia tebal sangat uolsss. nasib baik best tau, berbaloi sangat beli.






aku start beli novel ni masa aku dapat baucer buku. student kan dapat baucer 250, bukan student dapat duit brim. dah aku tak tau nak beli apa, aku borong novel ah. huhuuh. kolej aku lebih pada kemahiran, so tak rujuk buku sangat. pape hal google je. dulu aku tak minat nak beli sebab mahal kan. so pinjam jela. ada sorang kawan aku ni banyak gila beli novel. novel yang tak bukak pon berlambak lagi, dah beli novel baru. masa study kan nak pakai banyak duit, so aku tak minat ah nak beli. baca pon sekali je, tangkap leleh pon sekali je. macam baucer ni tak melibatkan duit kiter. nak tukar ngan duit pon tak boleh. huhuu

tapi bila dah kerja ni boleh la nak borong novel tapi kat tempat aku ni kedai buku yang jual novel tak banyak sangat. so tak best ah nak cuci mata. lagipun kalau aku gi cari novel, aku akan cari novel Siti Rosmizah ni dulu. memang aku suka sangat ah ngan dia ni. 

tak sabar betoi nak tengok episod dua ari ni. dah lama sebenarnya tak layan drama pukul 7 nih sebab tak best. tapi bila tau novel peberet aku jadi drama, terus tercongok depan tivi. yuuhuuu. 



2 comments:

  1. memang happy kan kalu novel kita suka tu dapat tgok jadi drama atau filem...heheh anyway salam perkenalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi tu. memang akan setia ah depan tivi tiap2 minggu. haahaha

      Delete

Terima kasih sudi baca..