Thursday 17 November 2016

Perbezaan budak zaman dulu dengan sekarang

Assalamualaikum...

dah dua tiga ari diamkan diri dari dunia blog. takdak idea wehhh nak taip apa.. hahaiii. tadi masa tengah syok makan, tetiba idea datang jengah disebalik lauk. adakah aku akan mendapat idea sekiranya aku makan? *abes sebelum ni tak makan ka? telan batu buat macam popcorn? ceettttt*

hehehhe. sambil tersenyum nih taip. nak habaqnya tengah hepi bila perot dah kenyang, tambah plak orang belanja. lagi lah meleret senyum. ditambah lagi dengan alunan lagu Gerua dari filem Dilwale. berdentang dentum bunyi speaker kat bawah opis aku nih. ehh jemput ah datang nanti hari sabtu kat Batang Kali, ada sambutan Deepavali kan. tu depa ngah praktis la tu. syiokkkk nengok, tu pon intai disebalik tingkap ja. nak turun kang over plak. kuikui

okay sebelum aku melalut ke laut, aku nak kongsi sikit la pemerhatian aku ni. ecehhh macam buat eksperimen pulak. *malu titeww*. korang yang lahir zaman 90an dulu mesti rasa beruntung giler berbanding budak milenium sekarang ni. tu pon kalau korang rasa beruntung la. tapi bagi aku, zaman kecik-kecik dulu penuh kenangan yang manis, yang syiokkk. yang best giler. panjat pokok, panjat bukit, main masak-masak, main galah panjang, tangkap ikan dalam parit, budak la ni tau ka apa semua tu? uishhh syokkknya. kalau nak main galah panjang, mesti semua berkumpul kat rumah aku. sebab rumah aku je yang ada kawasan luas. puas hati ah lah nak main apa pon. tapi sekarang ni sempit dah sebab ayah aku sambung umah  masa kakak aku nak kawin dulu.


galah panjang @ toi. aku panggil toi. tak tau ah mana datang nama toi tu. heran jugak aku

syiokk main ni masa rehat. sebelum masuk kelas, sempat lagi main seround dua. yang paling tak best bila jadi tukang rebut kat tengah tu. 

masa aku balik kampung ari tu, terkejut giler bila tau anak buah aku yang form 1 dah pandai bawak keta. hadoiii mak buah dia yang umo 25 ni pon pandai pegang stereng je, maluuu. aku dulu masa sebaya dia duk kat asrama nun, nangis-nangis nak balik rumah. masa dapat tawaran masuk sekolah asrama kemahennn melompat nak gi. ehhh takpe, bolehnye. tak nangis lah. kan ramai kawan. tapi hampehhhh. tiap kali gi asrama, tiap kali tu lah air mata berjurai. nangis sorang sorang kat bucu katil.

pastu budak sekarang ni bila nak ronda-ronda pusing taman or kampung, mesti lawa macam nak gi pertunjukan fesyen. kemahenn bergincu berlilit shawl bagai. padahal pusing naik moto je, takde singgah mana-mana pon. aku dulu pakai tudung kedut kedut kelepet kat bahagian atas, jenuh tiup sampai terjuih bibir. pakai baju tshirt, seluar trek @ tracksuit. takde aih nak bergosok bagai. ronda pon naik basikal je ngan kawan kawan. selekeh yang amat. takda aih nak bergincu. mau kena ganyang mulut ngan mak aku, kahkah. aku kalau berlawa pon nak gi kenduri kawen. sebab ramai orang kan, takkan nak selekeh. malu mak aku nanti.

legend betoi basikal cenggini. aku tak pernah ada, teringin jugak ah nak naik basikal pompuan ni. 

bila tengok gambar masa aku darjah 6 dulu masyaallah, malu nak tengok kali kedua. hahahah. betapa selekehnya geng-geng aku dulu. rasanya kalau aku tunjuk balik kat kawan kawan aku mesti depa tak percaya. yelah, masing masing dah cantik sekarang ni, aku je selekeh tak hilang lagi. haishhhh

aku dulu boleh pegang handphone sendiri masa form 3 rasanya. sebelum tu main handphone mak ayah je. zaman dulu mana ada samsung galaxy bagai, dapat pakai nokia 3310 tu pon dah rasa bangga giler. hheheee.

handphone pertama aku. bangga giler dapat phone sendiri. 

game yang paling syok

budak sekarang kecik-kecik lagi dah dapat iphone, jelessss. 

masa hari raya, budak budak zaman dulu pepagi orang tengah semayang raya dah ada yang datang rumah. hadoi, masa tu aku mandi pon belum. tengah selekeh lagi sapu rumah, susun biskut raya atas meja. tapi part yang budak budak datang rumah tu memang aku malas betol nak layan. dah memang kompem aku yang kena buat air, nak kena hidang. tahap malas aku memang kronik ah, ditambah lagi kalau jenis yang memang datang nak mintak duit je. sekarang ni takda dah budak budak nak datang rumah, jalan ramai ramai keliling kampung. siap bawak beg kecik lagi sangkut kat leher nak isi duit raya, kihkih. masa raya ari tu pon budak budak takde datang rumah. tak tau lah sebab dorang rasa memang takkan dapat duit raya ke hape lau datang umah aku nih. dasar kedekut semua, hhaahahha. 

banyak sebenarnya perbezaan zaman dulu ngan sekarang ni. tapi normal lah, kita semua mengikut peredaran masa kan. tapi yang pastinya zaman dulu memang mengimbau kenangan ah kalau diingat balik. bila jumpa kawan kawan lama mesti akan tanya, ehh engko ingat tak dulu masa kecik kecik kita main kawin kawin, aku jadi bini engko. ehhh engko kan yang jatuh dalam parit masa kecik kecik dulu. aduhhh syokkk weh. tapi bila jumpa bekas suami kita masa main mak mak dulu, tak terkeluar kot soalan tadi tu. malu kot, hahhaha. aku yang selalu main ngan jiran belakang umah, lumba basikal sekali, makan nasi sama sama, main tepuk tampar  pegang tangan bila jumpa pon tersipu sipu malu. caitttt. malu sangat lah tu kononnye, hahaha. memang langsung tak bercakap. masing masing dah besar, dah ada life sendiri. dulu pernah terfikir acaner kalau aku kawin ngan dia? argghhh tidakkk. belakang umah je. baru tepuk kompang tiga empat kali dah sampai. hahahah

k lah nak kemas kemas dulu, dah nak balik rumah. yeayhhh ! nak gi intai orang praktis jap. babaiiii


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca..