Friday, 6 January 2017

Azam tahun baru

Assalamualaikum...

bila dah masuk tahun baru ni, jalan pon sesak dengan budak sekolah, kihkih. teringat zaman sekolah dulu, bila nak mula sekolah je, barang sekolah mesti nak baru, gi sekolah ngan azam baru, semangat baru. bila dah jumpa kawan kawan, macam macam gosip yang keluar. maklumlah, lama tak jumpa kan. padahal baru berazam taknak gosip gosip. apehal?

tahun ni, aku harap sangat aku dapat buat lesen kereta. oiii bila dah tua camni baru nak fikir pasal lesen segala bagai. dulu tak hirau pon. tapi sekarang dah ada kesedaran sivik sikit nak ade lesen sendiri, nak ada kereta sendiri. bila tengok kawan kawan boleh bawak kereta, boleh gi jalan merata rata, jeles sangat rasanya. bagi aku jeles tu perlu sebab ia buat aku lagi rasa nak ada kereta sendiri. aku kena dapatkan jugak dua benda ni dalam tahun ni, insyaallah.

kereta idaman...

sejak kereta ni keluar, memang aku aim yang ni je. walaupun ada lagi yang hebat dari ni. dengan design dia, memang aku suka giler ah. aku tak mintak lebih pon, asalkan aku dapat capai target aku tahun ni, syukur dah. harap harap boleh tercapai lah dua benda ni. amin !


Tuesday, 27 December 2016

Counting days to year 2017

Assalamualaikum...

lagi 4 hari je nak masuk tahun 2017. and lagi 4 hari tu jugak la pesta orkid kat tempat aku nak berakhir tapi sekali pon aku tak jenguk lagi,huarggghhhh. lambat nau lah gaji pon. setakat nak meronda saje memang tak lah, buat penat kaki je laki aku cakap. caittt, padahal dia tu yang malas nak bejalan. aku elok je kalau round 4x pon. huh, tak best lau jalan ngan laki nih. nak ajak kawan takde kawan pulak kat sini. hoiii menyempat pulek.

uishhh lagi 4 hari  nih nak masuk tahun baru. azam tahun ni dah termakbul ke? ke nak bawak ke tahun depan? aku cam biasa lah, tiap tiap tahun duk pikul azam yang sama je, sampai bila nak tertunai tah, kehkeh. hutang piutang dah langsai ke mak enon? bila cakap pasal hutang ni, tak sanggup pulak rasa nak cakap. ting tong tunggggg. *macam banyak pulek hutangnye. kahkah*. sapa yang berhutang tu, pandai pandai la setel ye. peringatan tuk diri sendiri jugak nih.

sapa yang duk area batang kali ni kompem lah dah tawaf patbelas kali kan kat pesta orkid tu. aku? hanya mampu mendengar jiran aku bercerita, puihhh. takpe malam nanti aku nak ajak laki aku gi sana. lantak lah ronda je pon, at least boleh mark barang apa yang aku nak beli bila gaji dah kuar nanti. punya lah meriah diskaunnye, sakit pulak hati ni. terus nak beli kain untuk raya nanti. kesah pulak aku kan. tempah awal awal, takdelah kalut macam raya tahun lepas. ehhhh, nak citer pasal raya ke tahun baru?

tapi apa pon, semoga azam korang tahun ni tercapai lah semuanya. jangan jadi macam aku pulak, bawak lah azam yang sama tu tiap tiap tahun.