Friday 18 November 2016

handphone zaman kegemilangan aku dulu

Assalamualaikum...

salam jumaat semua, harapnya semua sihat sejahtera, mana mana yang demam ke tak sihat selsema ke cepat cepat lah pergi klinik. cuaca sekarang memang tak menentu, sekejap hujan sekejap panas. so jaga lah diri masing masing.

bila terpost gambar handphone kat entry semalam, tetibe teringat handphone yang pernah aku guna masa dulu. ni bukan nak show off ke nak bajet kaya ke apa, just nak share. kalau kaya dah pakai iphone. kihkihkihhhh

sebelum adanya wechat whatsapp ni, kita semua pulun meseg jelah. kena topup selalu je. bila kredit dah tinggal 20sen tengah tengah malam buta, mana nak cekau topup. mula lah masuk bilik mak senyap senyap curi kredit singgit. kehkeh. tapi sesenyap mana pon aku ambik, mak aku tetap perasan. dia selalu cek kredit dia, ingat pulak tu. memang dah takde orang lain dia nak tuduh sebab kitorang berdua je dalam rumah. hahhaha.  masa sekolah dulu rela tak makan sebab nak simpan duit beli topup nak meseg boipren. si boipren plak bila tinggal seringgit je terus diam, dia cakap nak jimat kredit. caitttt, aku rela berhabis sampai tinggal 0 sen tau. memang patot aku tinggalkan dia, dah la takleh berkorban untuk awek, curang pulak tu. ehhhhh, emosi tetibe.

tapi bila tengok balik gambar gambar handphone yang aku penah guna, teringin pulak nak guna balik. handphone 3310 yang paling win. kebanyakan handphone yang aku guna dulu lebih pada nokia lah. masa tu jenama tu je yang aku tau. dulu aku ingatkan jenama nokia ni sama macam nama topup celcom tu. kahkah, giler jakun. nasib tak gi kedai mintak topup nokia 5 hinggit. tapi sekarang ni memang payah giler ah nak dapat handphone lama. aku ada perasan kat ig ada jual tapi tak terbeli pon. kalau beli pastu simpan buat pekasam tak guna jugak kan. aku bukan jenis yang suka mengumpul koleksi sangat.

ni handphone yang aku guna dulu. yang kaler hitam tu ayah aku guna. masa tu ayah aku tanya nak handphone macam mana, aku cakap nak macam ayah. so ayah aku beli yang kaler pink purple tu. tapi tak lama ah aku guna sebab rosak masuk air. air apa tu rahsiaaaa. terus jemmm handphone aku tau. haishhh. tapi memang aku sayang ah handphone ni. 

yang ni paling menyampah aku rasa. asyik mati je. masa tu mana nak tau pasal bateri kong ke apa. budak budak hingusan lagi, mana nak reti pasal faktor dalaman nih. so kejap jela aku merasa pakai handphone ni.

yang ni aku suka pakai, nokia 5300 xpress music. sebab ada mp3 kan, boleh dengar lagu. pastu boleh hantar gambar kat boipren. hihihihi. rasa bangga dah bila pakai handphone slide camni. selfie hari hari sampai penuh memori.

dalam banyak banyak handphone, yang ni paling mahal n paling aku sayang. aku pakai ni masa aku form 5. tu pon ayah angkat aku beli. baru keluar plak, memang mahal lah. dia ada dua slide, kalau tolak atas untuk keypad, lau tolak bawah untuk dengar lagu macam gambar atas nih. bila dapat yang ni, aku jual handphone merah kat atas tu kat kakak aku sebab dia nak.memang takleh orang sentuh yang ni. pernah sekali tu aku mengamuk kat rumah sebab abang aku ambik nak bawak gi kelantan. agak ah nak bawak gi jauh jauh. pastu lama pulak tu. aku mengamuk, habis aku selerak baju cadar bantal dalam bilik. nangis sampai sembap bijik mata. kalau tengok pada rupa masa tu memang tak nampak rupa orang dah. aku memang pantang ah kalau orang ambik barang aku suka hati. bukan semua lah tapi kalau handphone memang aku pantang. so dengan pantasnya mak aku ambik tindakan suruh abang aku bagi balik.

aku pakai sampai lah aku masuk kolej pastu rosak. speaker tak dengar dah, kalau orang call aku kena pakai earfon. nak repair tak berduit. huhai. pastu terpaksa pakai handphone murah balik. maka habislah zaman kegemilangan aku pakai handphone mahal. 

aku pakai handphone ni kejap jugak, dalam setaon lebih. ni pon beli masa study dulu ah. kongsi duit ngan my bff, beli handphone sama. pastu mula lah kadang kadang bangun tido tertuka fon. dah beli sama jenis, tido pulak sekali. handphone ni still lagi ada kat rumah, still lagi elok. yang aku suka pasal handphone ni speaker dia ah. memang kuat. tapi kalau nak citer pasal camera memang kelaut ah. tapi nak buat macam mana, kena hadap jugak lah. janji dapat guna buat call mak, call boipren. ehhhh nak jugak. kihkih


ni yang aku pakai sekarang, samsung grand prime gold. merasa ah nak pakai samsung sejak dari dulu lagi. baru keluar terus beli, yang ni memang aku beli sendiri pakai duit gaji. tapi ada jugak ah selit selit duit bff aku sebab tak cukup, hahaha. nama je gold tapi bila dapat kat tangan takdelah gold sangat. sekarang ni aku target nak pakai handphone jenama ZTE lak. suka giler aku tengok, dengan nipisnya, dengan smartnya. aduhh kena kumpul duit cepat cepat nih.

bila agaknya dapat pakai awak ekkk.. 






4 comments:

  1. Yup! 3310 paling win. Jatuh banyak kali pun masih sihat

    ReplyDelete
  2. sakan nya banyak betul sejarah fon awak haha
    http://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasai, boleh bukak muzium dah.. hahahha

      Delete

Terima kasih sudi baca..